Ahad, 31 Mei 2009
Kebenaran Akan Tetap Menang
Menurut Dato Sera Nizar Jamaluddin, Pilihanraya Bukit Gantang adalah penting kerana 3 faktor yang berlaku dalam dalam tempoh yang sama iaitu :
1) Rampasan kuasa negeri Perak
2) Transaksi kuasa dari Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib
3) Perhimpunan Agung UMNO
Oleh kerana ketiga-tiga peristiwa berlaku dalam masa yang sama, maka pilihanraya Bukit Gantang boleh dijadikan sebagai kayu pengukur atau referendum rakyat.
Oleh itu, pilihanraya Bukit Gantang bukan sekadar satu prosedur untuk mengantikan seorang wakil rakyat yang telah meninggal dunia. Ia merupakan satu referendum untuk membuktikan diantara yang mana benar dan yang mana salah.
"Pakatan Rakyat mewakili yang benar dan Barisan Nasional mewakili yang salah", kata Nizar.
Ini adalah jelas kerana satu ketidakadilan yang sangat nyata telah dilakukan oleh UMNO di Perak. Ketidakadilan yang teramat dahsyat sekali ialah rampasan kuasa kerajaan di Perak, ujur beliau
Oleh yang demikian, Bukit Gantang merupakan satu referendum yang memberi peluang kepada rakyat Perak untuk memilih diantara prinsip-prinsip yang benar dan yang salah. Rakyat telah memilih Pakatan Rakyat kerana mereka mahukan kebenaran, tambah Nizar.
" Saya percaya itulah sebabnya kita menang. Dalam apa keadaan sekalipun kebenaran akan tetap menang. Kemenagan ini adalah kemenangan bagi rakyat", disimpulkan oleh beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam perjuangan, sdra penulis. Komen saya cuma satu, sebelum sdra post satu2 artikel tu plse semak semua susunan ayat2 dan ejaan bukan apa hanya utk keselesaan pembaca blog sdra ni. TQ
BalasPadamWassalam
salam....
BalasPadam