KENYATAAN MEDIA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PADA 31hb Mei 2009
Kami membantah dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menyalahgunakan kuasa dengan menuntut YB Lim Kit Siang, YB Gobalakrishnan dan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat lainnya memberikan keterangan atas alasan yang kurang munasabah.
Langkah polis sedemikian dan penangkapan peguam, dan lain-lain sepanjang bulan lalu pastinya memperkukuh tanggapan umum bahawa pasukan polis telah diperalatkan oleh pimpinan UMNO-BN dalam usaha mereka untuk terus berpaut pada kekuasaan dan mengekang kebangkitan rakyat.
Negara masih dibelenggu krisis ekonomi dan kadar jenayah yang parah. Tenaga pasukan polis sewajarnya dikerahkan sepenuhnya buat menangani masalah jenyah tersebut.
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin seharusnya menghentikan tindakan rakus dan keras terhadap pimpinan politik Pakatan Rakyat dan pengkritik kerajaan lainnya dengan segera.
ANWAR IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan