Isnin, 25 Mei 2009

Sabu: Mahkamah Rayuan Ikut Skrip


Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Zambry pada 22 Mei lalu dianggap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai keputusan yang mengikut skrip.

Menurutnya, keputusan yaNG telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara kita.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai ADUN dan Pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi," ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran DUN oleh pihak BN.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga hakim berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Persolannya ialah bagaimana kita tahu bahawa Nizar telah hilang majoriti dalam DUN? Adakah ujian dibuat dalam DUN?

4 ulasan:

  1. Abang Mat ... la nie ada cara baru untuk pastikan samada MB dapat sokongan Dewan. Panggil 31 orang p kat Istana, lepas depa confirm tak sokong PR maka takde sokongan Dewan la tu. Awat abang buat macam tak tau je. Kan ini cara baru. Bak skrip Musang Berjanggut "Patk buat undang-undang patik boleh padaaaaaamkan"

    BalasPadam
  2. Sebenarnya dalam Perlembagaan itu sendiri ada kelemahannya. Sebab itu, keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah berbeza.

    Tafsiran perlembagaan juga boleh dibuat secara berbeza berdasarkan ideologi politik masing-masing.

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera tuan speaker.

    Kenapa mereka pemimpin kerajaan,hakim berani melanggar undnag-undnag. salahs atu sebabnya mereka tahu kita rakyat malaysia tak berani buat apa-apa. paling kuat pun nyalakan lilin.that it. selagi ini yg kita lakukan maka mereka termasuk polis akan bertambah berani memijak rakyat. sebab kebodohan dan kebauclan rakyat.

    BalasPadam
  4. Salam kepada Harris, icon2008 dan Jamil,

    Itulah fakta yang saudara ada.

    Saudara icon2008 ada memberi komen dalam blog Penasihat Undang2 UMNO pada 24 Mei 2009 dengan mengatakan anda menyokong pakatan yang tak berdaftar itu dan meminta PUU UMNO memberi cadangan mengenai buku yang sesuai untuk dibaca mengenai undang2 dan perlembagaan Malaysia dengan tujuan untuk mengetahui krisis di Perak dari sudut BN dan pakatan.

    Baguslah kalau begitu dan pada masa yang sama anda merujuk kepada pihak di sebelah BN.

    Dan saya tahu jawapan PUU UMNO itu.

    Saya sudah lama mengkaji BN dan pembangkang yang menjadi pakatan yang meniru BN seperti PAS, PKR dan DAP dari segi sejarah, organisasi dan politiknya di Malaysia.

    Walaupun, sebelum ini pakatan disebut dengan nama APU, BA dan apa2 lagi, semuanya hanya perkahwinan mutaah sahaja.

    Kalau icon2008 hanya mengkaji dari sudut undang2 sahaja, anda hanya tahu kenapa ia tidak menyebelahi pakatan.

    Itupun kalau anda telah belajar undang2. Kalau tidak sama saja dengan penyokong pakatan yang lain termasuk harris dan jamil.

    Sekian.

    BalasPadam