Rakyat Perak sudah tidak boleh sabar lagi. Mahkamah tidak boleh menyelesaikan masalah politik Perak. Kerajaan Perak sudah menjadi macam bola sepak. Setiap hari sesuatu yang baru berlaku. Rakyat keliru dan menderita. Kita perlu mencari penyelesaian politik. Ia tidak boleh diperolehi di mahkamah. Hanya rakyat berhak menentukan. Sejak 7 Mei, situasi menjadi bertambah buruk. Perak sudah menjadi bagaikan negeri polis. Kerajaan pula dilantun ke sana dan ke sini oleh Mahkamah. Akhirnya kita cangkul angin juga. Sampai bila rakyat akan bertahan. Rakyat sudah bersedia menghadapi pilihanraya.
Selagi Dewan Negeri tidak dibubarkan, kerajaan akan terus menjadi tidak berwibawa. Ia akan dipermainkan oleh semua pihak. Inilah padahnya selagi Dewan Undangan Negeri Perak tidak di bubarkan. Rakyat mahukan kerajaan yang berwibawa. Bukan sebuah kerajaan yang dirampas. Rakyat Perak tidak mahu krisis ini berterusan. Sudah tidak sanggup melihat kerajaan dilambung-lambung dan ditendang-tendang.
Kemelut ini perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Biar kita balik kepada amalan demokrasi yang tulen. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita balik kepada rakyat. Adakan pilihanraya negeri secepat yang mungkin. Rakyat boleh selesaikan masalah ini dalam satu hari. Selepas itu masing-masing bolehlah menumpukan perhatian dalam menghadapi kegawatan ekonomi. Pada masa ini, isu politik telah melampaui isu ekonomi di negeri Perak. Keadaan ini tidak menguntungkan rakyat sama sekali.
Kenapa pilihanraya dielakkan di Perak? Tentu ada sebab. Tetapi adakah sebab itu menguntungkan rakyat. Kenapa tidak berani kembali kepada rakyat? Tidak cukup sekadar berkata mempunyai sokongan padu daripada rakyat. Ia perlu dibuktikan. Bagaimana? Sudah tentu melalui pilihanraya. Kita harus bertanggungjawab kepada rakyat. Tunjukkan keikhlasan kita untuk menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa dan dipilih secara sah oleh rakyat.
Seluruh warga Perak merasakan krisis politik ini bagaikan kaca terhempas ke batu. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja untuk berpanjangan. Rakyat sudah lama menunggu untuk berita baik pembubaran DUN…………….moga-moga dalam sehari dua ini………….

Selamat sejahtera tuan speaker
BalasPadamSaya pun hairan.kenapalah hakim mahkamah rayuan tu sahaja cari pasal. adakah dia sudah termakan rasuah,atau di tekan atau memang talibarut umno. mahkamah tinggi sudah memutuskan yb nizar MB ,segalanya beransur selesai untuk rakyat.yang hakim makamah rayuan cari pasal pula buat apa. mereka ni betul betul bermain api
Sekarang, seluruh rakyat Malaysia sungguh berasa terkejut mengapa hakim Mahkamah Rayuan boleh membenarkan Zambry menangguhkan pelaksanaan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah sedangkan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Nizar merupakah Menteri Besar Perak yang sah tidak sampai 20 jam. Hal ini bermaksud satu hari pun tak sampai. Perkara ini telah menimbulan curigai dan prasangka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,mungkin dikawal oleh UMNO. Kebanyakan Rakyat berasa tidak adil kerana Zambry memohon penangguhan keputusan Nizar sebagai MenteriBesar Perak yang sah tidak sampai 1 hari sudah dibicara oleh Mahkamah Rayuan tetapi pemohonan Nizar untuk membatalkan penangguhan tersebut perlu menunggu 5 hari lagi. Memang tak adil! BN hanya tahu buli orang. Hal ini telah membangkitkan ketidakpuasan orang ramai terhadap keputusan ini. Di samping itu,selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Perak yang sah, keesok hari apabila Nizar menuju ke Bangunan Kerajaan Negeri untuk bekerja sebagai seorang Menteri Besar tetapi diganggu oleh polis manakala Zambry pula dialu-alukan(pada pagi 13/5/1969)oleh Polis.Tak adil!Keputusan Mahkamah Rayu semalam telah memudaratkan lagi krisis kemelut politik di Perak.Kadangkala, saya tertanya-tanya mengapa BN hendak menghalang pilihan raya negeri Perak diadakan. Mungkin mereka takut ataupun mereka ingin merogol demokrasi ataupun takut dihukum oleh rakyat ataupun memperkukuhkan kedudukan bagi membolot wang negeri Perak dan sebagainya.Sekarang, Zambry telah mengelolakan dan memberikan imej yang buruk kepada semua rakyat di Malaysia. Sebaliknya, Nizar semakin disukai. Saya pun berasa begitu.Pembubaran DUN di Perak merupakah alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan krisis kemelut politik di negeri Perak. BN tidak berguna!Zambry tidak guna!Najib tidak guna!BN keji!Zambry Keji!UMNO keji!Najib keji!RUNTUHKAN BN PERAK!HIDUP DAN KUATKAN PAKATAN RAKYAT DI PERAK. PERAK BARU ADA HADAPAN!
BalasPadam