Isnin, 25 Mei 2009

Kenapa 13 Tahanan ISA Dibebaskan?


Baru-baru ini kerajaan telah membebaskan 13 tahanan ISA. Keputusan kerajaan membebaskan 13 tahanan termasuk 3 pemimpin Hindraf mempunyai muslihat tersendiri dan ada kepentingan politik tertentu kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pembebasan tahanan tersebut 'ada kaitan' dengan kemelut politik di Perak di mana ramai pemimpin politik dan aktivis parti ditahan oleh polis.

"Ia ada kena-mengena dengan Perak, walaupun perdana menteri Najib Razak menafikannya," katanya.

Syed Ibrahim berkata, walaupun pembebasan tahanan-tahanan tersebut menggembirakan keluarga masing-masing, tetapi tambahnya, mereka sebenarnya tidak bebas.

"Kebanyakan mereka masih tertakluk kepada Akta Kediaman Terhad. Kalau gagal patuhi, mereka boleh ditahan semula," kata Syed Ibrahim.

-dipetik daripada-
Suara Keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan