Isnin, 25 Mei 2009

Tian Chua : Polis Menjadi Kuda Tunggangan BN


Pemimpin pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak polis menangkap Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat ketika berlangsung sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu disifatkan tidak profesional serta hanya sekadar menjadi kuda tunggangan pemimpin BN.

Pengarah Strategi KeADILan, Tian Chua menyelar tindakan polis tersebut yang disifatkan sebagai mencabul hak demokrasi, berat sebelah dan mengambarkan kebiadaban pihak berkuasa.

Menurut Tian Chua, polis bertindak di luar jangkaan menangkap ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada di kawasan DUN yang hanya bertujuan untuk menyaksikan sidangberkenaan.

Menurut beliau, tindakan tersebut jelas melanggar prinsip dan hak demokrasi di mana sikap bukan sahaja rakyat, malah wakil rakyat juga ditangkap hanya kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di negeri itu.

"Saya menganggap senario yang berlaku untuk menghalang orang ramai termasuk ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada sidang DUN Perak, menunjukkan kita sudah hilang kebebasan untuk bergerak dan melakukan kritikan terhadap kerajaan," ujurnya.

Sambil menyifatkan polis mengamalkan sikap 'double standard', Tian Chua merujuk kepada insiden di mana Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh yang tidak mendapat bantuan dari pihak polis ketika diserang oleh Pemuda UMNO di kawasan parlimen bulan lalu.

"Kenapa perkara ini boleh berlaku apabila tiba-tiba polis guna kekerasan dan bagi alasan untuk bertindak mengheret Speaker di dalam Dewan Negeri Perak," soalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan