Menurut Dato Seri Nizar, mahkamah bukan dapat menyelesaikan masalah dan kemelut politik yang berlaku di Perak, ini kerana mahkamah boleh menafsirkan undang-undang tetapi rakyat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang kian kronik ini.
Justeru itu, adalah wajar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membolehkan rakyat membuat pilihan sekali gus menamatkan kemelut politik di negeri ini secepat yang mungkin.
Menurutnya, pada masa ini banyak perkara tidak boleh dibuat termasuk beliau tidak dibenarkan bersalam dengan orang ramai.
Nizar juga rasa kesal kerana beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat tidak dibenarkan berkumpul dan berucap.
Beliau juga memohon kepada rakan media melaporkan berita secara baik dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan. Pakatan Rakyat ada sikap terbuka dengan rakan media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan