Isnin, 11 Mei 2009
Nizar, Siva & Ngeh Di Teluk Intan
Perayaan Citra Pournami merupakan sambutan tahunan yang sangat ulung di kalangan masyarakat India di Teluk Intan. Beribu-ribu pengunjung daripada luar juga datang ke Teluk Intan untuk menyambut perayaan ini pada tiap-tiap tahun. Pada tahun ini perayaan Chitra Pournami disambut pada 9 Mei 2009. Untuk memeriahkan sambutan ini beberapa orang wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat juga turut hadir. Antaranya ialah YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin, YB V.Sivakumar, YB M.Kulasegaran, YB Ngeh Koo Ham, YB Mahoharan, YB Anuar Sudin dan YB Kesavan. Kehadiran mereka ini sekali lagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip-prinsip muhibbah yang sejati. Bukan sekadar menanam tebu di bibir sahaja. Inilah kekuatan Pakatan Rakyat.
Hidup Rakyat!
Makkal Sakthi!
Salam Reformasi!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
harap semangat ini kekal selamalamanya
BalasPadamTuan speaker
BalasPadamBiar saya berterus terang ok. saya sebenarnya takut.tetapi saya cuba untuk memikirkanya. saya sangat takut jika ada lagi di antara yb-yb perak terloncat lagi dek kerana tekanan .saya tahu mesti kebanyakan yb yb terutamanya tuan speaker mendapat tekanan yang mamat teruk.tak kira dari segi keewangan,kehidupan.saya amat berharap biarlah semua dapat bersatu teguh selama-lamanya. itulah harapan saya tuans peaker.
jamilkucing
umno aje yang mengamalkan sikap perkauman.kalau orang melayu tolong dap ceramah dia kata barua pada cina.tapi kalau melayu umno tolong mca ceramah nak panggil apa?.
BalasPadamTindakan BN di dalam DUN Perak pada 7/5/09 sangat keji,bodoh,dan tidak mengakui kesalahan walaupun mereka bersalah dan tidak mematuhi apa-apa peraturan yang terdapat dalam DUN.Mereka yang keji ini hanya tahu menunding jari apa yang berlaku dalam DUN dan hanya tahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya berasa sakit hati apabila Kerajaan Haram Perak(merujuk kepada BN)selalui budi Pakatan Rakyat di Perak. Walaupun saya bukan rakyat Perak(orang Pulau Pinang),saya berasa sakit hati dan ingin bertanya anda dan Ahli DUN Pakatan Rakyat ada cedera atau tidak!Tindak-tanduk BN di Perak macam binatang liar.Saya akan terus memberi sokongan moral kepada anda(tuan)dan ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat. Saya memang kagum semangat perjuangan anda. Bolehlah Pakatan Rakyat Perak berjuang menghapuskan subjek"kenegaraan di semua sek.menengah"disebabkan dalam subjek ini telah mengajar kita apa itu"DUN" dan "Doktrin Pengasingan Kuasa" kerana BN sendiri tidak mematuhi perlembangaan negeri dan memaksa pelajar sekolah belajar subjek ini. Dalam subjek ini menyatakan badan kehakiman adalah bebas.Tetapi dalam realitinya tidak bebas.Di samping itu,subjek ini menyatakan seseorang Menteri Besar hanya meletak jawatan jika dalam DUN beliau diundi dengan undi tidak percaya tetapi dalam keadaan realitinya seperti kemelut politik di Perak, BN telah menggunakkan taktik kotor merampas kuasa pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat. Ini semua tipu pelajar. Saya akan menyokong DAP selama-lamanya dan mengagumi semangat perjuangan anda semua.
BalasPadamdalam menghadapi kezaliman umnobn. seluruh jentera pilihan raya seharus nya sentiasa bersiap siaga.setiap masa.sebarang kemungkinan bolih berlaku.sebagai mana yang kita maklum. umno bn akan mengunakan kan cara yang amat jijik..dalam memanipulasikan apa jua issu bagimengeliru dan membodoh kan rakyat..teruskan ceramah jelaskan kepada rakyat kerakusan ..kezaliman..pelanggaran undang undang yang di lakukan olih umnobn.
BalasPadamyelah...
BalasPadamhangpa jelah yang betul..
hak...hak...hak..
hukum dunia hangpa betul lah kot...
andaikata..
kalau ikut hukum tuhan hangpa salah?
macamana???
mujur kene hati,ken mata bute..
lantokle...
huhuhu...
anak pengkalan hulu