Khamis, 21 Mei 2009

DSN vs DSZ di Mahkamah Rayuan Hari ini


Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? DS Nizar atau DS Zambry? Mahkamah Tinggi telah membuat penghakiman bahawa DS Nizar merupakan Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei 2009. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan telah memberi penangguhan ataupun ‘stay order’ terhadap keputusan itu pada 12 Mei 2009.

Mahkamah Rayuan akan putuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah pada hari ini. Seluruh rakyat Malaysia menunggu dengan penuh harapan bahawa Mahkamah Rayuan akan membuat satu penghakiman yang adil dan saksama.

Kes ini akan didengari oleh tiga orang hakim iaitu Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie.

Dua Perkara akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan pada hari ini iaitu,

1) Mahkamah Rayuan akan bersidang pada jam 9.30 pagi hari ini untuk mendengar kes rayuan DS. Nizar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lepas.

2) Mahkamah Rayuan juga pada hari ini akan memulakan sidang bagi membicarakan rayuan Zambry terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa Zambry adalah MB Perak yang tidak sah sekaligus mengisytiharkan Nizar adalah MB Perak yang sah.

Pembicaraan yang diadakan pada hari ini di mahkamah Rayuan Kuala Lumpur adalah siri pembicaraan yang mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya warga Negeri perak yang menantikan sinar baru politik negeri itu yang nampaknya terus berlanjutan.

Kemenangan DS. Nizar di mahkamah Tinggi sebenarnya telah menaikkan kembali martabat dan imej badan kehakiman dimata rakyat. Semuga keputusan yang paling adil diberikan sebagaimana ianya diberikan kepada DS. Nizar di Mahkamah Tinggi.

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya rakyat Perak akan mendapat penghakiman dengan penuh keadilan berasaskan prinsip kebenaran.

4 ulasan:

  1. Do we really need the courts to declare again that Datuk Seri Nizar is the rightful and legitimate Menteri Besar when it was the people who elected him into office in the first place? Why do we have to go into the streets and outside the state secretariat to make this known when our calls have gone unheeded? Why are the courts frustrating Perakian's efforts to ensure that it is Datuk Seri Nizar who is to lead Perak without fear or favour and without hindrance from outside forces? Where does it specify in the constitution that the separation of powers between the bench and legislators do not clearly indicate that the courts have no business or power to interfere in the running of the legislature? And, are the judges still porring over their law books to find a loophole to help the executive to illegally retain Perak for BN?

    BalasPadam
  2. http://tumpatdaily.blogspot.com

    Genap 100 hari Rampasan Kuasa Di Perak

    Hari ini genap lah 100 hari rampasan kuasa oleh Najib di Perak.Sebagai Pengerusi BN Perak di akhir pemerintahan Pak Lah Najib dengan rakusnya telah melakukan rampasan kuasa kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Perak.Tujuan utama Najib adalah untuk membuktikan pada Pak Lah beliau lebih berpengaruh dari Pak Lah sebelum penyerahan kuasa sebagai PM ke 5.Dengan berbekalkan kejayaan rampasan kuasa di Perak ini lah proses penyerahan kuasa PM berjalan saperti biasa pada Mac 2009.Pada ketika itu tiada alasan untuk Pak Lah tidak serahkan jawatan PM kepada Najib.Walaupun umum mengetahui siapa kah sebenarnya Najib yang dikelilingi perbagai skandal dan rasuah.

    Dengan rakusnya rampasan kuasa yang berlaku di Perak Najib membelakangkan perlembagaan negeri Perak dan perlembagaan Malaysia.Najib adalah penderhaka kepada Sultan kerana beliau telah menipu Tuanku Sultan Azlah Shah agar perkenan perlantikan Zamry sebagai MB Perak yang haram.Sedangkan Tuanku Sultan adalah bekas Ketua Hakim Malaysia.Keputusan Mahkamah Tinggi telah menafikan rampasan kuasa di Perak dan menghistiharkan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah.

    Rakyat Perak dan Malaysia hari ini sudah pun mengetahui hal yang sebenarnya apa yang berlaku.Walaupun Mahkamah tinggi telah menghistiharkan YAB Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah Najib masih mempertahankan rampasan kuasa di Perak dengan menggunakan kuasanya sebagai PM agar mahkamah rayuan membenarkan penangguhan keputusan mahkamah tinggi.

    Apa pun keputusan Mahkamah Rayuan pada hari yang ke 100 rampasan kuasa di Perak rakyat dapat menilai siapa kah Najib yang sanggup mencemarkan sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Mahkamah di Malaysia.

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera tuan speaker.

    I totally aggrey with AlphaGuy. for me i am so sorry none of any judge in malaysians can make me trust them. not yet.

    BalasPadam
  4. zizi3131 dan jamil,

    Sudahlah tu. BN dan DS Zambry tetap ada majoriti dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini bahawa DS Zambry kekal MB Perak.

    Orang Kelantan macam zizi3131 tak perlu lihat di Perak. Tengok negeri sendiri sebab BN tak mabuk kuasa pada tahun 2004 walau perbezaan kerusi hanya dua dan kemudiannya jadi 1 pada tahun 2005.

    Ada BN minta bubarkan DUN Kelantan.

    Cuba renungkan kembali kata pemimpin PAS. Siapa yang bekerjasama dengan orang bukan Islam dia jadi kafir.

    Sekarang ini jadi apa pula PAS yang bekerjasama dengan DAP?

    Pemimpin sampai sekarang tak jawab persoalan ini.

    Dan banyak lagi sejak penubuhan PAS pada tahun 1951, persoalan belum dijawab sedangkan telah menjilat ludah sendiri.

    Sejak tahun 1951, apa jasa PAS kepada negara?

    Benar tetap benar dan yang batil akan lenyap jua.

    Sekian.

    BalasPadam