Ahad, 10 Mei 2009

Hee Yit Fong Mencemari Dewan


Tindakan Hee Yit Fong telah mencemari kemuliaan Dewan Negeri Perak. Beliau telah bertindak di luar bidang kuasa. Selagi Tuan Speaker berada dalam dewan, dialah berkuasa. Setiap orang yang berada dalam dewan mesti mengikut perintah atau arahannya. Orang lain, termasuk menteri besar tidak mempunyai kuasa memberi arahan dalam dewan itu. Inilah merupakan satu amalan pengasingan kuasa yang sangat penting dan perlu terjamin supaya demokrasi tidak dicacatkan oleh mana-mana pihak. Hee Yit Fong (yang sudah letak jawatan dan kes itu belum diselesaikan lagi di mahkamah) telah menganggap dirinya sebagai Timbalan Speaker dan terus membuat kerja-kerja Speaker di tempat duduknya.

Timbalan Speaker yang sah pun tidak ada kuasa untuk mengambil alih tugas Speaker selagi Tuan Speaker masih duduk di tempatnya. Apatah lagi Hee Yit Fong yang penuh dengan kontroversi. Beliau terus mengisytiharkan dirinya sebagai Timbalan Speaker dan mengumumkan bahawa dia akan menggantikan Speaker bagi urusan-urusan seterusnya pada hari tersebut. Ini adalah tidak rasional. Dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu helah dalam usaha merampas kuasa speaker. Dimanakah dalam undang-undang atau Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada beliau untuk bertindak sedemikian.

Ini merupakan tindakan salah laku beliau dalam konspirasi menjatuhkan Speaker Dewan. Beliau telah mencerobohi bidang kuasa Speaker. Ini merupakan satu lagi penghinaan terhadap Speaker dan Dewan Negeri Perak.

Hee Yit Fong telah melakukan kesalahan dalam usahanya mempengerusi dewan sewaktu Tuan Speaker masih menduduki kerusinya. Bukankah ini merupakan satu tindakan yang tidak senonoh dan keji?

Beliau cuba mewujudkan sub-dewan dalam dewan negeri yang mulia ini. Dia dan kuncu-kuncunya berkerumun di satu tempat dalam dewan dan terus cuba membuat usul untuk lucutkan Speaker dan perlantikan Speaker baru. Bagaimanakah kita boleh menganggap tindakan beliau itu adalah sah? Ia adalah menyalahi prinsip-prinsip demokrasi dan amalan-amalan konvensyen parlimen yang diterima pakai oleh semua negara-negara komenwel. Kalau ini dibenarkan, maka konsep sub-dewan ini akan wujud dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri yang lain. Bolehkah kita mengawalnya jika kita membenarkan ' duluan' seperti yang berlaku di Dewan negeri Perak? Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain.

Tambahan pula, mengikut Perintah-perintah Tetap 6(1), Tuan Speaker hendaklah mempengerusikan persidangan-persidangan Dewan dan dalam ketiadaannya, apabila diberitahu oleh Setiausaha Dewan, Dewan boleh memanggil mana-mana ahli mempengerusikan persidangan tersebut .........

Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi. Hanya dalam ketiadaanya pihak lain boleh ditugaskan untuk membuat kerja-kerja Speaker.

Dalam kes ini, Speaker masih berada di tempat duduknya dari 9.45 pagi sehingga berlakunya insiden yang paling memalukan iaitu beliau diheret keluar dari tempat duduknya oleh pihak polis. Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk Hee Yit Foong untuk mengambilalih tugas Speaker walaupun untuk sedetik.

Sebagai kesimpulan, oleh kerana persidangan tidak dimulakan oleh Tuan Speaker dan Hee Yit Fong telah bertindak di luar bidang kuasanya maka usul perlucutan speaker dewan dan perlantikan speaker baru adalah tidak sah. Tambahan pula, kesemua usul-usul itu telah pun ditolak oleh Speaker dalam kamarnya sehari sebelum tarikh persidangan iaitu 6 Mei 2009.

6 ulasan:

  1. itu nyonya baaanyak cilakak wooo..

    wa tabik sama lu bro siva..bravo bravo

    BalasPadam
  2. YB Speaker Sivakumar, right now this spastic,(actually no one cared to explain why an illiterate and uncouth scumbag was elected as deputy speaker in the first place), is the most hated woman in Perak. Mind you, sir, there is talk around town that if she is ever caught in Ipoh or Jelapang, she had better say her prayers as she will not be able to outrun her pursuers. The only thing that could save her is her ill-gotten Mercedes Benz as it can whisk her away speedily. Indeed, she has Najib to thank and be highly indebted to in more ways than one. Really YB, she does not deserve this much exposure, good or bad. This loathsome creature should be in the trash bin not the august house of Perak!!

    BalasPadam
  3. Tuan Speaker,

    Sememangnya, Pn Hee Yit Foong telah membuat satu kesalahan yang besar.

    Dia tidak berhak sama-sekali untuk mengambil alih kuasa tuan tetapi ini semua dibantu oleh pihak Datuk SS yang telah menutup mic tuan dan membuka mic di sebelah BN.

    Rakyat telah melihat apa yang terjadi di DUN Perak. Kami melihat sesuatu yang sangat diluar dugaan serta sesuatu yang menampakkan ketidakadilan pihak penjawat awam seperti Datuk SS dan SLA.

    Campurtangan mereka jelas sangat tuan. Saya memahami kemarahan tuan dan ahli Pakatan yang lain. Tetapi tak payah nak tanya banyak soalan tuan. Kebanyakkan rakyat telah membuat keputusan dalam hati mereka yang mereka akan membuat perkara yang betul di pilihanraya umum ke 13.

    Tuan tetap speaker yang betul, yang sah dan yang rakyat hormati.

    Zambry dan Co boleh pergi mel..c.p dan gasak pu..g.ng sendiri. Masa sudah sampai bagi mereka yang atas pagar untuk berduyun-duyun masuk parti-parti Pakatan.

    Hidup Rakyat.

    BalasPadam
  4. I am from perak, my mother vote in perak. She vote for DAP for many years.

    Today, not only I support you all, all my friends around me, also give 100% support to you & all opposition party.

    When we asked around all our friends.. all support re-election.

    If not, we will continue to support you all until next election.

    I agreed with our YB Speaker - Siva. God knows what we are doing. You will pay back on what you have done today. Maybe double ! I believe in this. May God bless they all & we all.. and everyone !

    Happy Wesak day to all..

    BalasPadam
  5. "Perintah-perintah Tetap jelas mengariskan bahawa selagi Tuan Speaker masih duduk ditempatnya dialah mejadi pengerusi."

    Indeed, your argument is indisputable. You are the lawful Speaker of Perak.

    It is clear the legitimacy of Perak Government is in doubt. The way things unfolded in Perak on 7 May, now I am even doubtful of the legitimacy of the Federal Government and other State Governments because Perak has shown the adherence to the Constitution is optional. Just as you have mentioned, Tuan Speaker: "Dalam kata lain, jika di Perak boleh, maka ia boleh juga dibuat dalam dewan-dewan mulia yang lain." If the adherence to the Constitution is optional, are the Federal Government and all other State Governments still legitimate?

    BalasPadam
  6. dalam banyak kebaikan pasti ada pengkhianatan...

    harap2 si pengkhianatan akan dapat balasan yg setimpal dr tuhan....

    BalasPadam