Rabu, 20 Mei 2009

JAMAIY Saran DUN Perak Dibubarkan

Dalam kenyataan akhbar pagi ini, seluruh Ngo Perak yang bergabung dalam JAMAIY merayu dan memohon supaya tidak ada campurtangan dari luar dalam penyelesaian kemelut di Perak, rakyat Perak lebih berhak memainkan peranan dalam menyelesaikan isu ini.

Memang benar! Isu negeri Perak seharusnya diselesaikan oleh rakyat negeri Perak itu sendiri. Rakyat Perak mahu menamatkan episod krisis Perak secepat yang mungkin. Ia tidak boleh menghantui rakyat Perak lagi. Dalam 3 bulan ini krisis telah bertambah kusut dan telah menemui jalan buntu. Krisis politik hanya boleh diselesaikan melalui proses politik.

Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pengerusi JAMAIY Negeri Perak, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malik juga meminta supaya Dato' Seri Hj Nizar dan Dato' Seri Zambry bersemuka dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Dalam mencari jalan penyelesaian isu Perak ini juga JAMAIY meminta semua pihak hendaklah mengambil kira pandangan-pandangan bebas dari Suhakam, Majlis Peguam, Tokoh-tokoh politik, akademik, ahli-ahli perundangan, YDP Dewan Negara dan sebagainya yang menyarankan agar DUN Perak dibubarkan sebagai jalan penyelesai isu ini.

Setiap hari, ada juga pihak daripada NGO dan ahli-ahli politik yang memberikan pandangan untuk membubarkan DUN Perak. Semua pihak ini mengemukakan padangan ini setelah berfikir secara semasak-masaknya. Memang itulah hakikat, DUN Perak mesti dibubarkan untuk membolehkan piliharaya diadakan semula.

Selain itu, JAMAIY juga menuntut semua pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Perak khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang, Setiausaha Dewan Undangan Negeri, pegawai-pegawai polis dan SPRM hendaklah menjalan tugas dengan semangat professionalisma yang tinggi dan meletakkan tanggungjawab mereka kepada kepentingan awam dan bukan kepentingan mana-mana parti politik.

8 ulasan:

  1. Malaysia is only democracy by surface.
    Inside, it is no different than Myanmmar.

    Let us watch the drama continues from DUN, to courts. See how BN will be much favoured by the judges.

    Caliber judges like NH Chan are either dead or bribed; non-bumiputras may consider finding new home in Singapore or Australia.

    BalasPadam
  2. Apa sudah jadi dengan Dr Khairuddin.

    PR tidak mewakili seluruh rakyat Perak. Jangan jadikan pegawai kerajaan sebagai mangsa politik PR.

    Pakatan pembangkang yang tidak tahu bagaimana mengurus parti sendiri apatah lagi negeri.

    Apa yang berlaku di Perak sebenarnya salah pakatan pembangkang sendiri bukannya BN. Dari segi parti mereka, tiada strategi yang baik dalam penyelesaian masalah antara anggota parti dan hubungan baik sesama sendiri.
    Setelah jadi kerajaan, tak sedar diri bahawa majoriti ADUN dikuasai oleh DAP. Jadi apa maknanya MB dari PAS? Bagaimana pula hubungan dengan pegawai kerajaan?

    Semasa jadi kerajaan, apa arah tuju pakatan pembangkang nak bawa negeri Perak? Balak dan tanah apa cerita? Hal tanah tak peduli pun langgar undang2 Kanun Tanah Negara.

    Selepas kuasa hilang, mengamuk pula di DUN. Tak malukah? Ini bukan negara Taiwan.

    Selama inipun kami yakin dengan BN.

    Jadi untuk apa nak adakan pilihan raya?

    Jangan jadikan PR sebagai Pakatan Runtuh setelah BN pula yang Bina Negara.

    BalasPadam
  3. Wahai Dr Khairuddin,

    Tolong imbas sejarah lampau seperti yang berlaku di Kelantan pada tahun 2004.

    Beza kerusi BN dan PR hanya 2 kerusi dan selepas PR kalah di dalam satu pilihanraya kecil, perbezaan hanyalah satu kerusi.

    Ada BN minta bubar DUN di Kelantan?

    Alasan PR mahukan pilihan raya di Perak adalah untuk mengembalikan kuasa rakyat. Sudah setahun lebih, kuasa rakyat telah dijalankan. Untuk apa pilihan raya?

    Cuba renungkan kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding pada PRU 12 yang lalu di Perak.

    BN 28, PKR 7, PAS 6 dan DAP 18.

    Sebelum PR dilahirkan ke dunia tetapi tiada surat beranak, BN paling banyak kerusi.

    Wujud PR (masih tak berdaftar) dah jadi BN 28 dan PR 31.

    Masih tak lagi Sultan Perak menolak permintaan BN untuk menubuhkan kerajaan dan membubarkan DUN.

    Sedangkan sebelum wujudnya PR, BN memang mempunyai majoriti untuk berbuat dua perkara di atas tapi ditolak Tuanku.

    Sudahlah pakatan pembangkang.

    Sekali kita menipu belum tahu kebenarannya tetapi kalau banyak kali menipu akhirnya orang tahu.

    BalasPadam
  4. Salam sejahtera tuan speaker..

    Hairan ya.bila kita cakap orang umno bacul mereka menengking,mereka menyalak bagaikan anjing menjaga rumah.tapi satu contoh di sini cukup. (PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) berani komen sedap cakap mungkin ibu dia ajar dia cakap begitu.tetapi tak berani bagi orang masuk blog dia. bacul. saya berani bertaruh tuan punya blog PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) adalah melayu. buat tuan punya blog PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) awak menjatuhkan maruah bangsa melayu dan juga ibu bapa awak sendiri.lihat tuan speaker perak tuan Yb sivakumar.walaupun beliau seorang berbangsa india. awak menaip kata-kata seperti di atas beliau tetap memaparkanya. tapi awak blog pun tak berani bagi orang masuk. shame on you dude.

    BalasPadam
  5. Satu dari species rakyat Malaysia yg masih 'kontot' akan fikirannya iaitu PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK)

    BalasPadam
  6. Saudara Jamil dan Tanpa Nama,

    Saya tak kisah dengan kritikan saudara.

    Namun saya berserah kepada ALLAH swt kerana yang benar tetap benar, yang batil didoakan terus lenyap.

    Saya ingin tahu fakta dan atas dasar apa saudara ingin mempertahankan pakatan pembangkang sedangkan sudah tiada majoriti.

    Tidak ada dalam dunia ini minoriti boleh memerintah.

    Kalau takut dilambung ombak politik, jangan masuk ke gelanggangnya.

    Saudara akan tahu apa nasib parti dokongan saudara.

    Serah saja kepada tuhan saya dan saudara iaitu ALLAH YANG MAHA BESAR.

    BalasPadam
  7. kepada puntung kaki rokok...

    jgn berselindung di sebalik nama kebenaran!!
    kebatilan kian terserlah apabila kamu menulis!!

    BalasPadam
  8. Wahai Tanpa Nama,

    Memang benar bahawa satu dari species rakyat Malaysia yg masih 'kontot' akan fikirannya iaitu PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK).

    Jadi anda telah mengakuinya dan itulah kebenarannya.

    Kepada Jamil,

    Anda boleh berkata apa saja tetapi kosong belaka. Tolong yakinkan saya dengan fakta yang berilmiah.

    Umpama mengajak orang memeluk Islam, kalau tiada fakta yang berilmiah dan tidak menunjukkan akhlak yang baik, anda tetap gagal mengislamkan orang tersebut.

    Anda pun mengetahui bahawa sokongan majoriti adalah pra syarat untuk mengetuai sesebuah organisasi seperti syarikat dan kerajaan.

    Apa hak PR untuk menjadi kerajaan pada hal tiada majoriti.

    Lagipun, semua orang tahu termasuk penyokong PR bahawa PR hanya mahu berkuasa tidak bekerja untuk rakyat.

    Asyik berpolitik saja.

    BalasPadam