Rabu, 27 Mei 2009
Peristiwa Penangkapan Mogok Lapar Di Perak
Pelancaran Mogok Lapar dan Puasa dibuat oleh Dato Seri Nizar pada 27 Mei 2009, lebih kurang jam 10.00 pagi. Pelancaran tersebut dibuat di Wisma DAP Perak. Setelah selesainya sidang akhbar, semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bersama-sama dengan penyokong-penyokongnya telah turun ke bawah untuk sessi bergambar. Sessi bergambar dibuat di kaki lima Wisma DAP Perak.
Polis menghalang sessi bergambar tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah perhimpunan haram. Kini, sessi bergambar di kaki lima premis sendiri juga dianggap sebagai perhimpunan haram oleh pihak polis. Setelah sessi bergambar selesai, masing-masing hendak pulang dan bersurai.
Sekumpulan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ingin pergi ke Mahkamah Tinggi kerana JKKK lama hendak menfailkan kes terhadap Kerajaan DS Zambry dan kerajaannya yang telah memecatkan mereka.
Apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hendak bersurai dan menuju ke kereta masin-masing. Tiba-tiba, polis menyerbu dan mengarahkan semua untuk bersurai. Pada masa itu, sememangnya semua orang yang berada di situ sedang bersurai. Tetapi, polis mula mengira 1, 2 3.....dan terus memberi arahan, "Tangkap!, Tangkap!". Polis telah menangkap 14 orang ketika itu. Seorang Ahli Parlimen dan 7 orang ADUN Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam sejahtera tuan speaker,
BalasPadamSeperti yang selalu saya kata di zaman jepun kita boleh berkumpul, tetapi di zaman sekarang silap-silap naik bas pun boleh di tangkap kerana berkumpul dalam bas. jadi kalau ada sesiapa nak naik bas pastikan bas itu tiada penumpang.
Polis telah membiarkan diri mereka di jadikan barua oleh pemimpin umno. polis yg bawah tidak mempunyai keberanian utnuk melawan sebab semuanya kerana ikut arahan bukan ikut undang-undang. polis telah membuat undang-undang sesuka hati.saya cuma mahu menunggu jika umur panjang pasukan polis malaysia di pandang hina kerana perbuatan ketua mereka sendiri.