Rabu, 27 Mei 2009
Polis Akan Menjatuhkan BN Dalam PRU 13
Polis telah bertindak keterlaluan dalam menangani isu tangkapan 14 orang berhampiran Wisma DAP Perak pada pagi 26 Mei 2009. Tindakan polis telah mencemarkan lagi nama PDRM. Jika tindak-tanduk polis tidak dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri, maka ianya akan menjadi punca utama kejatuhan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang 13 nanti. Rakyat sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
Maklumat tersebar dengan begitu pantas. Mereka tidak lagi bergantung kepada media arus perdana seperti dulu. Maklumat terkini diperolehi dengan cepat dan tepat melalui media internet dan blog. Oleh yang demikian, segala tindak-tanduk kerajaan untuk mengawal aktiviti Pakatan Rakyat tidak dapat diselindungi lagi. Zaman telah berubah, rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan