Isnin, 25 Mei 2009

Kronologi Detik-detik Rampasan Kuasa 7 Mei


8.35am
ADUN-ADUN PR tiba di Bangunan SUK.

9.00am
ADUN-ADUN tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Negeri.

9.30am
Raja Muda tiba, upacara perbarisan dimulakan.

9.40am
Pemeriksaan teliti dibuat terhadap semua orang yang masuk ke dewan oleh polis.

9.45am
ADUN-ADUN PR memasuki Dewan, tempat mereka diubahkan menjadi pembangkang.

9.46am
Speaker V.Sivakumar memasuki Dewan dan mengambil tempat.

9.50am
ADUN-ADUN PR mengambil tempat di meja kerajan. BN tidak membantah.

10.00am
Speaker V.Sivakumar mengarahkan DS Zambry dan 6 Ahli Dewan Negeri yang digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk meninggalkan dewan.

10.05am
V.Sivakumar meminta 3 ADUN yang telah letak jawatan juga keluar daripada dewan. Beliau memberi alasan perintah tersebut.

10.08am
V.Sivakumar juga memerintahkan supaya individu-individu yang tidak dijemput juga meninggalkan dewan. Penasihat Undang-undang Negeri turut diminta keluar.

10.09am
ADUN-ADUN Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit Keluar! Keluar!

10.10am
Suasa menjadi kecoh. Semua ADUN-ADUN bangun dan mula bertengkar.

10.20am
DS Zambry cuba membawa usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula. Dewan bertambah kecoh.

10.30am
Arahan Speaker masih belum diikuti.Sidang tidak dapat dimulakan. Speaker menerangkan isu pengantungan yang mesti diterima oleh semua ahli dewan.

10.35am
BN sekali lagi cuba membawa usul melucutkan Speaker. V.Sivakumar menolak usul itu kerana pembawa dan penyokong usul itu adalah ahli-ahli yang telah digantung oleh jawatankuasa.

10.38am
Speaker mengarahkan bentara dewan untuk menghalau keluar 10 orang tersebut daripada dewan. Tetapi, bentara tidak mahu ikut arahan.

10.39am
Setiausaha Dewan cuba campur tangan tetapi Speker tidak melayannya.

10.40am
Hee Yit Fong dikerumuni oleh ADUN BN. Beliau mengumumkan dirinya sebagai pemangku Speaker. Beliau mengarahkan pengawal dewan untuk menghalau Speaker. V.Sivakumar tidak menendahkan Yee Yit Fong.

10.45am
Mikrofon Speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dimatikan.

10.48am
Hee Yit Fong cuba membuat pengumuman sekali lagi tetapi dihalang oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Dewan bertambah kecoh.

10.50am
Zambry sekali lagi mengusulkan Speaker digugurkan dengan sokongan semua ADUN BN secara angkat tangan. Ia di buat di satu sudut dalam dewan. Speaker masih berada di tempat duduknya.

11.00am
Zambry mambawa usul perlantikan Speaker baru dengan kaedah yang sama. R.Ganesan dipakaikan dengan jubah dan songkok Speaker. Ianya dilakukan bertentangan dengan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak.

11.08
Hamidah mencadangkan perlantikan Jawatankuasa Dewan. R.Ganesan kelihatan gopoh dan tidak lancar mengumumkan perlantikan tersebut.

11.10am
V.Sivakumar mengumumkan bahawa semua usul-usul yang dibawa oleh BN telah pun ditolak oleh beliau di dalam kamarnya pada 6 Mei 2009. Buktinya juga ditunjukkan oleh beliau.

11.18
BN meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok pada 3 Mac 2009 sebagai tidak sah.

11.20
Zambry mengusulkan sidang ditangguhkan sejam. Dewan menjadi senyap seketika.

11.22
V.Sivakumar mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.35pm
V.Sivakumar membuat arahannya sekali lagi menghalang 10 orang tersebut memasuki dewan. Beliau juga mengarahkan Ganesan keluar daripada dewan. ADUN PR dan Ganesan bertengkar. Hampir mencetuskan pergaduhan. Hee Yit Fong juga telah dikerumuni ADUN-ADUN PR.

12.45pm
ADUN Pasir Pinji Thomas Su, menunjukkan sekeping wang RM50 kepada Hee Yit Fong sambil menjerit 'pergi mampus'. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe membaling 2 keping wang kertas RM1 kearah Hee. Hee mengambil wang itu dan mencarik-cariknya.

12.55pm
Ganesan tidak mahu meninggalkan dewan. Beliau tangguhkan dewan selama 1 jam.

2.03pm
ADUN-ADUN PR cuba menghalang Ganesan dari memasuki dewan sambil melaungkan 'Bubar DUN'. Suasana menjadi sangat genting dalam dewan.

2.15pm
Beberapa orang polis telah masuk ke dalam dewan. Kehadiran mereka dibantah oleh ADUN-ADUN PR.

2.30pm
ADUN-ADUN BN berusaha menarik keluar V.Sivakumar dari tempat duduk Speaker. Tetapi, Speaker dilindungi oleh ADUN-ADUN PR.

2.35pm
ADUN-ADUN PR cuba membawa keluar Ganesan dari Dewan. Ramai polis termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke dewan. Mereka berusaha merampas kerusi Speaker. Bentara juga cuba merampas kerusi Speaker. ADUN-ADUN PR membuat benteng mempertahankan Speaker.

2.40pm
Pergelutan berlaku di meja Speaker. BN menggunakan polis untuk mengheret Speaker. Suasana menjadi kecoh. V.Sivakuamr diheret secara paksa oleh polis dibawa keluar dari dewan.

3.05pm
Polis merampas kerusi Speaker dengan bantuan polis. Meja Speaker dikawal rapi oleh polis. ADUN Aulong duduk di atas meja Speaker. Tetapi beliau telah ditolak dan jatuh.
Kekerasan juga digunakan terhadap ADUN Simpang Pulai dan ADUN Teja.

3.10pm
Ganesam mengarahkan ADUN Simpang Pulai dan ADUN Teja meninggalkan Dewan. Tetapi kedua-duanya enggan berbuat demikian.

3.13pm
V.Sivakumar ditempatkan di bilik pengawal bersama-sama dengan polis dan dikunci.

3.15pm
Raja Muda berangkat masuk ke dewan untuk merasmikan DUN.

3.47pm
Raja muda menamatkan titah ucapan. Zambry mencadangkan Dewan ditangguhkan. Ganesan menangguhkan persidangan DUN ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

4.00pm
V.Sivakumar dibebaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan