Sabtu, 2 Mei 2009

Jawantankuasa Hak & Kebebasan 'Kebal' - Seksyen 3 Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959


Pada 18/2/2009 Jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Negeri telah membuat keputusan untuk mengantungkan ADUN Pangkor, Dr Seri Zambry Bin Abd. Kadir daripada menghadiri sidang Dewan Negeri selama 18 bulan dan Zainol Fadzi Bin Haji Paharuddin (ADUN Sungai Marik), Ramly Zahari (ADUN Manong), Hamidah Binti Osman (ADUN Sungai Rapat), Saarani Bin Mohamad (ADUN Rungkup), Mohd Zahir Abdul Bin Khalid (ADUN Kamunting) dan Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang) digantung daripada hadir sidang Dewan Negeri selama 12 bulan.


Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri tersebut telah diterima dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang 'di bawah pokok' pada 3/3/2009.


Pihak Zambry Bin Abd. Kadir dan 6 ADUN yang tersebut di atas telah memohon kepada mahkamah untuk satu pengisytiharan berkenaan dengan penggantungan mereka daripada menghadiri Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Mereka telah mengambil tindakan mahkamah tersebut terhadap Speaker dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan. Walau bagaimanapun, pada 2/4/2009 mereka telah memohon menarik balik tindakan mahkamah tersebut terhadap Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan dan tindakan terhadap Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut.


Pada 16/4/2009, Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan 2 daripada 10 perintah-perintah yang dipohon oleh mereka.


Mahkamah Persekutuan telah membenarkan dua perisytiharan seperti berikut:-

1. Bahawa keputusan Speaker menggantung Zambry Bin Abd. Kadir daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri selama 18 bulan adalah tidak sah dan terbatal.

2. Bahawa keputusan Speaker menggantung 6 ADUN yang tersebut di atas daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan adalah tidak sah dan terbatal.


Sebenarnya kes tersebut tidak harus dibawa terhadap Speaker kerana perlindungan yang diberikan kepada Speaker dibawah Seksyen 3 Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 yang berbunyi seperti berikut:-


“No member shall be liable to any civil or criminal proceedings, arrest, imprisonment, or damages by reason of any matter or thing which he may have brought by petition, bill, resolution, motion or otherwise, or have said before the Assembly or any committee”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan