Krisis Perak menyerlah sikap UMNO dan BN yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengenepikan undang-undang demi memenuhi nafsu politik, kata Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.
Beliau mengulas tindakan BN menginjak undang-undang serta mengarahkan polis menggunakan kekerasan untuk menangkap V.Sivakumar ketika sidang DUN Perak 7 Mei lepas.
"Rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan BN memastikan mereka terus berkuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan pelbagai jentera kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin mereka", kata Anwar.
"Pencabulan sistem raja berperlembagaan di Perak dan pelbagai lagi yang akan menyusul selepas ini merupakan antara rentetan sejarah hitam yang didalangi oleh agenda perubahan dari dendangan perdana menteri baru yang tidak lebih dari sandiwara lapuk", tambah beliau.
Anwar turut menyelar tindakan pihak berkuasa menangkap lebih dari seratus rakyat yang tidak berdosa termasuk beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN semasa dan sebelum sidang itu.
pembetulan -menginjak- kalau ikut ayat memijak. kalau nak bagus lagi mencampakkan undang2 ke dalam longkang.
BalasPadamSalam tuan speaker.
BalasPadamSaya betul betul kecewa sebagais eorang penyokong kuat reformasid an keaidlan. kenapa barus ekarang dsai buat kenyataan. sudah terlambat.sepatutnya walaupun dia berada di mana pun.dsai sepatutnya memberi pendapat atau pandangan atau kutukan di malam tuan speaker di seret.apa pun tuan speaker you take good care of your self.
jk