Selasa, 12 Mei 2009

Cokmar Tidak Di Bawa Masuk Ke Dalam DUN Pada 7 Mei


Cokmar adalah lambang kebesaran Dewan Negeri Perak. Tetapi, cokmar itu tidak di bawa masuk ke dalam Dewan Persidangan sehingga Speaker diheret keluar daripada dewan oleh polis. Cokmar mesti ditempatkan dalam dewan apabila dewan bersidang. 7 Mei merupakan pembukaan rasmi Dewan Negeri Perak. Ia diperkenan oleh Tuanku Sultan. Notis 14 hari telah diberikan kepada ADUN-ADUN. Tetapi cokmar tidak di bawa masuk ke dalam dewan sehingga speaker yang sah masih berada dalam dewan. Cokmar mesti berada dalam dewan sewaktu persidangan berlangsung. Jika cokmar tidak dibawa masuk, apa maksudnya? Secara simboliknya, persidangan tidak berlaku sehingga Speaker diheret keluar daripada dewan itu.

Apabila dewan bersidang, cokmar diletakkan pada aras kedudukan yang tinggi, apabila dewan bertukar menjadi jawatankuasa aras cokmar itu direndahkan. Jika cokmar tidak berada dalam dewan apakah ertinya? Sudah tentu dewan tidak bersidang. Jadi tidak lagi timbul isu-isu yang lain. Dari masa ke semasa Speaker juga mengingatkan semua ADUN-ADUN bahawa persidangan belum bermula. Persidangan hanya akan bermula selepas semua arahan-arahan Speaker dipatuhi. Walau bagaimanapun, Speaker telah dibuang daripada dewan dengan menggunakan kekerasan. Speaker tidak dilucutkan jawatan secara sah.

2 ulasan:

  1. hahaha umno ape kesah tuan speaker...

    BalasPadam
  2. How about the assembly under the three? The "Cokmar" was brought into the assembly?

    BalasPadam