Isnin, 11 Mei 2009
Mic Speaker Dipadamkan Dalam Dewan Negeri Perak
Tahukah anda, mic speaker telah dipadamkan dalam Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009. Selepas lebih kurang 1 jam, mic speaker terus dipadamkan. Walaupun Speaker mengarahkan beberapa kali untuk 'on' semula mic, tetapi perintahnya telah diingkari oleh petugas-petugas yang menjaga audio di bilik rakaman. Siapakah yang memberi arahan kepada petugas-petugas ini untuk 'off'kan mic Speaker? Sudah tentu mereka tidak berani mengambil tindakan sendiri untuk berbuat demikian. Mesti ada arahan daripada pihak atasan mereka. Siapakah si jahanam yang memberi arahan itu? Orang yang bertanggungjawab memberi arahan itu adalah manusia yang tidak ada malu dan maruah.
Walau bagaimanapun, Speaker terus memberi arahan-arahannya selama lebih kurang 4 jam tanpa mic. Speaker terpaksa berjerit-jerit untuk memberi arahan di dalam dewan itu. Ini merupakan satu lagi muslihat untuk mengganggu Speaker daripada menjalankan tanggunjawabnya. Di sini saya ingin mencabar Speaker Dewan Rakyat Pandekar Amin untuk memberi ulasanya mengenai pengingkaran petugas-petugas dewan mengikut perintah atau arahan Speaker. Bolehkah petugas-petugas ini mengikut telunjuk pihak lain di dalam Dewan yang mulia ini?
Tindak-tanduk petugas-petugas dewan dan orang-orang yang memberi arahan kepada mereka telah melakukan satu lagi penghinaan terhadap dewan negeri yang mulia. Nampaknya terdapat ramai 'pak turut' yang pepat diluar rancung didalam di SUK Negeri Perak. Oleh kerana gilakan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja, walaupun ianya tidak selaras dengan undang-undang dan konvensyen komenwel. Sungguh memalukan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dah memang gitulah perangai geng2 bn.penipu,hipokrit,cakap x serupa bikin,muka x malu,muka selenge n muka seposen.x pecaya tengoh saje lah muka2 dia orang dengan betul2.muka seposen.
BalasPadamtahniah tuan speaker... kita menang.... Hidup PR!!
BalasPadamKami tau YB mic kena sabotaj, sbb tu rakyat dok jerit dalam blog Cina Islam (YB Idham Lim), mintak kwn2 penyokong yg berada dalam dewan cari control room, cari audio room, take over. Pyh2 sgt cari loud hailer kasi sama YB. Malangnya takde sape nak bertindak mcmtu.
BalasPadamTuan speaker
BalasPadamsaya setuju sangat.tanya pendikar tak amin tak mulia.di mana maruah beliaus ebagi ketua speaker jika anak buahnya di buat begini.kononya di lantik
speaker letak jawatan dalam umno.sudahlah tak payah berlakun.
YB speaker,Semalam di TV123 menyatakan yg BN akan memohon rayuan di mahkamah adakah jika rayuan di terima DS Nizar akan hang-up pembubaran DUN,jikaberlaku hangup siapakah org yg bertanggungjawab? BN tak habis2 nak melaku rampasan kuasa,apakah yg ditakuti sangat lawan PR pilihanraya nanti,dulu BN/umno kata parti mereka keramat....tapi skg parti PR sebenar nya keramat jika ada pertandingan saja PR pasti menang majoriti,nyatalah kesahihan dimata rakyat patutlah BN/umno selalu mengelak pilihan raya kecil...pengecutjua..! ANYWAY SYABAS PR diatas keputusan mahkamah KL yg memmehak DS Nizar.
BalasPadamKemenangan Nizar bermakna mahkamah mengembalikan semula kerajaan yang hilang pada februari lalu. Sekaligus, apa sahaja tindakan zambry sbg MB terbatal termasuk memanggil sidang DUN 7 Mei lalu. Ini bermakna tuan adalah speaker yang sah dan Ganeson tidak berhak memanggil sidang tergempar DUN atau menerima apa-apa usul dari BN.
BalasPadamish..PR lagi la penipu,hipokrit,cakap x serupa bikin,muka x malu,muka selenge n muka seposen,jenis takleh terima kenyataan,demokrasi hanya berfungsi untuk PR je....tengok je la suku sakat PR tu...perangai macam haram
BalasPadam