Selasa, 12 Mei 2009

Timbalan Presiden MCA Setuju Untuk Bubar DUN Perak


Situasi di Perak menjadi semakin kusut masai setiap hari. Tidak ada jalan penyelesaiaan kecuali pembubaran DUN. Kemelut politik Perak telah mencapai tahap memuncak pada 7 Mei. Dewan Negeri sudah tidak boleh berfungsi lagi. Sekarang beberapa orang pemimpin BN juga turut bersetuju dengan pendapat Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya di Perak.

Timbalan Presiden MCA , Dr Chua Soi Lek menyatakan bahawa terdapat 3 cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak iaitu melalui:

1) Mahkamah

2) Dewan Undangan Negeri

3) Pilihanraya

Walau bagaimanapun beliau berpendapat jalan terbaik untuk mengakhiri episod ini adalah dengan mengadakan piliharaya. Beliau meminta supaya rakyat diberi peluang untuk membuat pilihan. Dengan cara ini masalah ini boleh diselesaikan dengan serta-merta. Krisis politik Perak ini tidak membawa kebaikan kepada mana-man pihak.


Pendapat Dr Chua sangat dialu-alukan tetapi apakah pula pendapat Presiden MCA? Adakah beliau juga sanggup dan berani menghadapi rakyat?

2 ulasan:

  1. idea yang radikal giler....
    Ketentuan illahi

    BalasPadam
  2. sedikit teguran...bukan chua soi KEK...tapi, chua soi LEK....itu saja...

    moga Perak dalam genggaman Pakatan Rakyat

    BalasPadam