Rabu, 13 Mei 2009

Zambry Nak Jadi Gandhi


Dato Seri Zambry Abdul Kadir membanyangkan perjuangannya sama seperti perjuangan Mahatma Gandhi iaitu seorang tokoh yang ulung di dunia. Setahu saya, Gandhi tidak pernah menjadi menteri yang haram. Malah, Gandhi tidak pernah memegang jawatan menteri. Seluruh dunia tahu bahawa Gandhi tidak pernah gilakan kuasa. Gandhi merupakan seorang perintis nasionalisme yang berjuang untuk kemerdekaan India. Perjuanganya adalah semata-mata untuk membebaskan India daripada jajahan British. Zambry seharusnya berasa malu kerana menyamakan dirinya dengan Gandhi. Apakah persamaan diantara Zambry dengan Gandhi selain daripada nama mereka mengandungi 6 abjad.

Sungguh memalukan! Zambry seharusnya mengimbas kembali sejarah perjuangan Gandhi sebelum membuat kenyataan-kenyataan seperti ini. Gandhi seorang yang berani dan menentang British secara bermati-matian. Manakala Zambry seorang pengecut yang tidak berani menghadapi pilihanraya negeri. Takut kepada rakyat sendiri. Mana boleh sama?

Mahatma Gandhi berkorban untuk rakyat, Zambry pula menyusahkan seluruh rakyat negeri Perak. Mana boleh sama?

Zambry menggunakan ‘Plan B’ untuk membuang Speaker Dewan Negeri dengan muslihatnya. Gandhi pula dihormati oleh seluruh dunia sebagai ‘A’ gentleman. Mana boleh sama? Gandhi Hero dikalangan rakyatnya. Zambry Zero dikalangan rakyatnya. Mana Boleh sama?

Kata-kata Zambry itu menghina Mahatma Gandhi itu sendiri. Beliau seharusnya memohon maaf kerana menyamakan dirinya dengan seorang tokoh dunia yang unggul.

Jika Zambry ingin membela dirinya, beliau harus menyatakan dalam aspek manakah perjuangan beliau boleh disamakan dengan perjuangan Mahatma Gandhi.

17 ulasan:

  1. sejarah melayu pun dia tak tau... nak blajar sejarah india kunon...

    BalasPadam
  2. satu lagi mungkin persamaan antara mereka berdua: warna kulit.

    BalasPadam
  3. Sama dengan Mandela dan Gandhi kunun! Kalau banding kulit, ya sama. Takat tu je lah. 2 tokoh tu berjuang untuk rakyat... yang ko plak menyusahkan rakyat.

    BalasPadam
  4. nampak sangat zambry dan bn GILA KUASA kerana menggunakan badan kehakiman, pdrm dan kakitangan awam untuk menghalalkan pemerintahan haram mereka!

    matbidi.

    BalasPadam
  5. Heh heh!! This silly man is not even fit to lick Mahatma Ghandi's sandals and he likens himself to this great leader of India? Hospital Bahagia (formerly known as Tanjong Rambutan Hospital for the insane) orderlies are waiting to strap this sultan appointed court jester up in a straight jacket and put him in isolation for a very long time if someone makes a report about his chronic schizophrenia and dementia. And this is the very same idiot who is to lead a great state like Perak? The people who elected him must be in the same boat. Gather around, Perakians, we are indeed in trouble, we have to do somehing about this!!

    BalasPadam
  6. agaknya zambry nak kena masuk penjara mcm mandela dan gandhi kot?

    BalasPadam
  7. Ghandi akan menghotmati keperluan rakyat.
    Zambry adakah bertindak sedemikian?

    BalasPadam
  8. erm..inilah manusia yg sgt memntgkan diri..tdk sedar diri..astghfirullah..moge diberi hidayah..

    BalasPadam
  9. Kihkihkih..kumpulan BUM(Barua UMnoo!!) semuanya specel specel belka..di bkt selambau,e2 pencuri MICganesan bercakap dia tu Barak Obama..sekarang Zambri ciakap dia tu Gandhi campur Mandela..aduh..tenggoklah..wakil rakyat UMNO/BN semunya terancat akal..wayar putuih,f*ked up,retards yob!!kahkahkah

    BalasPadam
  10. Zambry merupakah seorang yang mengila-gilakan kuasa. Dia tak malu walaupun dia merupakah Menteri Besar Perak yang haram. Mukanya sangat tebal macam "coffin". Mana ada majoriti pengundi Perak sokong dia. Dia hanya tahu pandai dan cerdik dalam menggunakan taktik kotor dan keji untuk merompak dan merampas barang milik orang lain seperti merompak jawatan Menteri Besar Perak.Ada lagi satu ahli EXCO haram Perak yang datang dari MCA juga seorang yang mengila-gilakan kuasa. MCA d akan dicampak ke luar Perak oleh rakyat. MCA mungkin akan mencapai sifat kerusi dalam Perak. Zambry akan menerima balasan atas tindakan yang dia buat sendiri. Zambry ialah seorang pengejut, mukanya macam seekor kura-kura,dia akan menjadi seorang yang dibenci oleh majoriti Rakyat Perak.

    BalasPadam
  11. Eh betui ke perjuangan zambry sama macam mahatma ghandi?
    tak percaya la.mamat ni ngigau ke?
    mahatma tak pernah pun istihar diri nya sebagai pemimpin, Mamat ni selagi ada ruang kat media,sebuk promosi diri. AKULAH MENTERI BESAR PERAK YANG DAPAT RESTU RAKYAT,
    p la mabuk tuak 3,4 koleh dulu,pas ngaku la ape yg sama macm engko,taknak sama kan diri tu macam pm israil ke?

    BalasPadam
  12. Gandhi - seluruh rakyat India bangga dengannya.
    Zambry - bukan setakat rakyat Perak tak mengaku MB mereka, anaknya di UIAM pun tak mengaku bapak..

    BalasPadam
  13. Gandhi cannot lah, totally out.... Mamak tosai, roti canai and parpu kari more likely....yenerah maccha...I think the Newspaper misquoted you daa....

    BalasPadam
  14. Zambry Mandela? or Mahatma Zambry?
    Let him do his work while waiting for the court's decision. From Courts of Appeal to Federal Court, that's a loooooooooooooooooooooooooooooooong journey.

    All potential investors are encourage to invest in other Pakatan's state, as Perak might have to be in stalmate for quite some time.

    Besides, we do not know when Sultan is returning to Perak, so without HRH PR is not able to dissolve the assembly.

    BalasPadam
  15. heii..kau baca dulu sejarah Gandhi dan Mandela..apa ra lu...kau sebenarnya macam raja medalir yang gila kuasa nak jadi bendahara dalam hikayat klasik melayu...

    BalasPadam
  16. Bagi saya, DS Nizar berani disebabkan dia berada pada landasan perjuangan yg benar. Idea beliau untuk mendapat perkenan sultan bagi membubarkan DUN sepatutnya dikagumi ramai. Tapi mengapa Gandhi Malaysia tak bersikap seperti Gandhi di India yang sanggup memperjuangkan Kongres dalam usaha memperjuangkan nasib bangsa India pada masa dahulu. Mungkin Gandhi celup kut!

    BalasPadam