BN melemparkan perkataan “degil” kepada PR kerana tindakan beberapa pemimpin PR yang dikatakan masih tidak dapat menerima keputusan mahkamah. Wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?
PR tidak boleh dikatakan degil, sebaliknya “tidak berputus asa”, kerana memperjuangkan hak rakyat. PR memperjuangkan hak rakyat ketika mana kenaikan Nizar adalah berdasarkan pilihanraya. Manakala kenaikan Zambry adalah berdasarkan lompat parti oleh 3 orang tersebut. Sedangkan ketiga-tiga orang tersebut menang pilihanraya atas dasar mereka bersama dengan Pakatan Rakyat. Maka, rakyat di kawasan mereka memilih ketiga-tiga orang ini disebabkan mereka itu PR. Bukan disebabkan individu mereka secara peribadi.
Maka, kenaikan Zambry disebabkan hilang majoriti bagi Nizar, sedangkan ketiga-tiga orang tersebut, sekiranya mereka memperjuangkan BN, atau BEBAS, sudah pasti mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat. PR tidak berputus asa mempertahankan hak yang diperjuangkan olehnya.
Rakyat, Pakatan Rakyat, Suhakam, Majlis Peguam, berpuluh-puluh NGO, Ku Li, Chua Soi Lek, pemimpin-pemimpin Gerakan dan ramai lagi yang mahukan DUN Perak dibubarkan. Tetapi Zambry dan BN tidak mahu berbuat demikian. Sekarang, siapa yang degil?
Lawan tetap Lawan. Rakyat tidak pilih Zambri GanDela jadi MB, Z GanDela adalah pilihan mahkamah dengan putar belit fakta. Z GanDela jangan lah nak tipu rakyat, 1Malaysia tahu macam mana BN/UMNO rampas hak rakyat.
BalasPadamBubarkan DUN Perak, Rakyat tetap menunggu dan BN/UMNO tidak bolih lari kemana mana. BUBAR!!!BUBAR.
Kerajaan Perak sekarang ini tak ubah seperti seorang pemuda yang hansem botak,kulit merelit, pakai tai dan kod tapi kemaluan penuh dengan taik dan najis...
BalasPadam