Khamis, 14 Mei 2009

BN Tidak Mendapat Sokongan Dan Dokongan Rakyat


Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa berkata, nyata sekali kerajaan kudeta BN Perak diasaskan penguasa BN dengan sokongan agensi-agensi kerajaan, badan kehakiman dan pasukan keselamatan yang diperalatkan bukannya kerana mendapat sokongan dan dokongan rakyat.

Beliau berharap tindakan desperado sebegini tidak diteruskan, apatah lagi di saat perdana menteri baru dilantik masih berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah negara, khususnya kegawatan ekonomi.

Antara pemimpin-pemimpin yang ditahan oleh polis berhubung dengan persidangan 7 Mei :

1) Wong Chin Huat (aktivis Bersih)
2) Mohamad sabu (Naib Presiden PAS)
3) Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS)
4) Dr Mujahid Yusuf Rawa (AJK PAS Pusat)
5) Jenice Lee (ADUN Teratai)
6) Zuraidah Kamaruddin (Ketua Wanita Keadilan)
7) Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
8) Dr Jayakumar (Ahli Parlimen Sg Siput)
9) Leong Nga Nga
10) Koid Teng Guan

Tangkapan turut dilakukan ke atas beberapa peguam semasa mereka hadir dalam upacara Candle Light di hadapan balai polis Brieckfields dekat sini pada tarikh yang dinamakan 'One Black Malaysia, 7 Mei 2009'

2 ulasan:

  1. Apa pun kesudahannya, yang penting negara aman dan rakyat bersatu padu. Buat lah apa yang difikirkan baik untuk semua rakyat. Susahnya ialah apabila kepentingan politik tak dapat berkompromi. Saya sebagai rakyat biasa hanya mahukan keamanan dan kemakmuran selagi nyawa masih ada. Saya berusaha sendiri untuk menyara hidup dan tak menyusahkan sesiapa. Saya bersyukur kerana dapat cari rezeki halal selagi masih bernyawa. Tidak pernah menyusahkan mana-mana parti politik pun. Kalau ramai rakyat yang tak tahu bersyukur kepada Allah negara akan ditimpa mala petaka tak kira parti mana yang memerintah. Saya percaya pemimpin PAS yang berpegang kepada prinsip Islam boleh membawa orang ramai tentang erti kesyukuran sebenar. Tidak ada masalah kalau perjuangan itu ikhlas semata-mata nawaitunya itu adalah kerana Allah Taala. RENUNGKAN.... salam saya kepada yang amat berhormat Nik Aziz

    BalasPadam
  2. Negara kita aman, bersukur,tetapi saudara kena faham,negara kita tercinta ni di perintah oleh perasuah,pembunuh,yg membuat negeri perak tercinta negeri aku (kuala sepetang) jadi mcm ni haru biru seolah rakyat perak bodoh, tak tau undang2,pasal najib,rosak habis.Sultan perak di pergunakan oleh najib,BN celaka,alangkah malu kami jadi orang Perak di herdik d office ,pi makkah pun org dok cerita perak,aku jawab najib bn angkara,demo tgok muka najib MB zamri mcm setan.Demo doakan Allah hancurkan Najis BN.

    BalasPadam