Ahad, 24 Mei 2009

Ibu Pejabat DAP Diserbu Polis


Polis telah menyerbu masuk Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya pada petang semalam lebih kurang jam 6.25pm. Pejabat DAP itu diserbu oleh 11 orang pegawai polis dalam pakaian biasa. Antara barang-barang yang telah dirampas ialah sebuah computer, CD dan peralatan-peralatan lain yang berkaitan. Barang-barang ini telah dirampas untuk membuat penyiasatan. Polis meninggalkan pejabat DAP lebih kurang jam 7.30pm.

Polis membawa bersama Ahli Majlis Ulu Selangor Ooi Leng Heng yang masih berada dalam tahanan. Beliau dibawa ke Ibu Pejabat DAP dengan tangan bergari. Ooi juga merupakan Pengarah Biro Pendidikan Politik DAPSY.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia Ibu Pejabat DAP diserbu oleh Polis. Apakah niat polis berbuat demikian? Bukankah ini merupakan satu bentuk pencerobohan? Ibu Pejabat sebuah parti politik berdaftar telah diserbu oleh polis.Sungguh mengecewakan!

Ini adalah berikutan daripada 16 aktivis DAP yang ditahan oleh polis kerana mengambil bahagian dalam ‘nyalaan lilin’ di Ampang pada hari Khamis yang lalu. Sekarang lilin pun sudah menjadi bahan yang ditakuti oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Mereka ditahan di lokap polis Pandan Indah sejak 2 hari yang lepas. ADUN Teratai Jenice Lee juga masih dalam tahanan. Mereka ditahan untuk perhimpunan haram dan kesalahan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA). Dalam acara nyalaan lilin, mereka telah mengedarkan bahan cetak yang bertajuk ‘507 Detik Hitam Dalam Sejarah Demokrasi Malaysia!’

Menurut Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, Polis menyerbu Pejabat DAP tanpa waran. Polis mesti menunjukkan waran di bawah seksyen 16 PPPA. Menurutnya lagi ini merupakan satu pencerobohan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan