Sabtu, 2 Mei 2009

Majlis Makan Malam Perdana DAP Sempena Ulang Tahun Ke 43


Speaker telah menghadiri jamuan makan malam DAP di Dewan Tow Boh Keong, Jalan Kampar Ipoh pada 1 Mei 2009. Dewan dua tingkat ini dipenuhi dengan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Sambutan yang hangat diberikan kepada Speaker apabila beliau melangkah masuk ke dalam dewan itu. Beliau disambut dengan tarian singa. Beliau diberi tepukan gemuruh kerana semangatnya mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi. Ini menunjukkan rakyat Perak bersama-sama beliau dalam segala tindak-tanduknya menyelamatkan bumi Perak. Rakyat mahu demokrasi dikembalikan. Pilihanraya merupakan satu-satunya jalan penyelesaian. Kita mesti menghormati suara rakyat. “Suara Rakyat ‘Bubarkan DUN Perak’ Suara Keramat”

1 ulasan:

  1. syabas dan terima kaseh pd pengawal peribadi YB Siva yg begitu setia mengawal keselamatan YB..pemuda UMNO sanggup ke berkorban begitu?

    BalasPadam