Isnin, 25 Mei 2009

Penanti Referendum Politik 'Kasar' & Krisis Perak


Menurut Datuk Seri Anuar Ibrahim, tindakan polis yang kejam dalam menyekat perhimpunan aman, ‘nyalaan lilin’ dan tayangan DVD baru-baru ini adalah politik Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang tidak bertoleransi.

Beliau mengecam tindakan polis yang menggeladah ibu pejabat DAP di Petaling jaya dua hari yang lalu. Ini menggambarkan ketakutan Barisan Nasional dengan kemunculan Pakatan Rakyat secara ikhlas dan sedang menanti untuk menjadi kerajaan alternatif bagi Malaysia.

Pejabat DAP diserbu kerana semata-matanya parti itu adalah anggota dalam susun atur Pakatan, katanya di Berapit semasa berucap dalam ceramah pilihanraya kecil Penanti. Lebih daripada 5000 orang menghadiri ceramah tersebut.

Beliau amat kesal dengan siri tangkapan yang berlaku baru-baru ini. Antaranya ialah peguam-peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli-ahli politik dan orang awam. Kenapa ini berlaku? Ini adalah usaha-usaha Najib yang keras untuk menyekat kritikan-kritikan yang membina.

“Negara ini harus diperintah berdasarkan perlembagaan dan undang-undang, bukannya undang-undang rimba UMNO” katanya lagi.

Anwar menyeru supaya memberi kemenagan besar kepada PKR dalam pilihanraya kecil Penanti sebagai satu mesej yang kuat ‘rakyat menentang keras politik kasar’ Pilihanraya Penanti juga merupakan referendum untuk politik kasar Najib dan krisis politik Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan