Jumaat, 15 Mei 2009

Nizar Seorang Gentleman


Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Kumpur mengumumkan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei 2009, inilah kata-kata beliau;

'Saya akan segera menghadap Sultan dan memaklumkan keputusan mahkamah dan mencadangkan DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya diadakan'

Beliau terbukti seorang 'gentleman'. Inilah janji yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan rakyat mahu kuasa dikembalikan kepada rakyat. Kata telah dikotakan oleh DS Nizar.

Beliau telah menunjukkan sikap jujur dan berani dalam menghadapi pilihanraya. Beliau berpegang kepada prinsip-prinsip perjuangannya. Beliau percaya kepada kuasa rakyat dan sistem demokrasi yang tulen.

Ini jelas membuktikan bahawa beliau tidak gilakan kuasa. Itulah sebabnya rakyat Perak semakin menyayangi dan menghormati beliau. Beliau mempunyai semua ciri murni untuk menjadi seorang pemimpin yang paling berkarismatik di negara ini.

9 ulasan:

  1. Najib and Zambry, eat your hearts out!! This is the man for Perak, not you Zambry!! To Perakians, he is irreplaceble, not you Zambry. You are a back door thieving MB and should be immediately replaced!!

    BalasPadam
  2. Ini dikatakan....RAKYAT diutamakan, RAKYAT yang tentukan..... RAKYAT yang buat keputusan...

    Ini DEMOKRASI !!!!

    BalasPadam
  3. tuan juga seorang gentleman... sy akui... dan sy pasti separuh rakyat malaysia juga begitu.... tak percaya tunggu rakan2 lain komen...

    BalasPadam
  4. lu sgt berani!! memang serasi brsama nizar, wa caya sama luu..

    BalasPadam
  5. Nizar memang seorang yang gentleman jika dibandingkan dengan Zambry yang merupakah seorang yang tidak bergentleman dan mengila-gilakan kuasa sahaja. Zambry hanya tahu "kuasa" dan tak tahu mendengar apa "kehendak" rakyat Perak.Bagi Nizar pula, beliau tahu mendengar kehendak rakyat Perak. Sekarang, Zambry bukan sahaja sangat dibenci oleh rakyat perak tetapi seluruh rakyat Malaysia, manakala sokongan kepada Nizar kian hari kian meningkat. Nizar menonjolkan sikap yang baik dan sopan serta tidak sama dengan Zambry yang tidak bersopan dan mengila-gilakan kuasa. Zambry tak berguna!Zambry Keji!Zambry seorang perogol demokrasi Perak!Zambry salah satu punca krisis kemelut politik!Zambry macam kura-kura! Zambry tak layak menjadi Menteri Besar!Zambry Menteri Besar Perak yang haram!Zambry merupakah salah satu perompak yang terhandal dalam bidang kuasa pentadbiran negeri Perak!Zambry seorang peragut yang pandai meragut
    hak rakyat!Muka Zambry tebal macam "coffin"!Zambry sudah lunatik dan apa pun sanggup buat!

    BalasPadam
  6. hahahaha gile...blah ar

    BalasPadam
  7. Salam tuan speaker.

    betul kata tuan speaker.pemimpin pakatan bukan jenis lapar atau ( kebulur ) jawatan menteri besar.hanya melayu umno sahaja.sebab bila mereka pegang jawatan besar senang mereka merompak,menipu,mencuri dalam diam,

    Dan saya setuju dengan BAGINDA REFORMASI tuan speaker juga seorang gentleman.not everyone have intergrity like you sir.

    BalasPadam
  8. 'Saya akan segera menghadap Sultan dan memaklumkan keputusan mahkamah dan mencadangkan DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya diadakan'

    Macam lain bunyinya. Nampaknya dunia ini nak kiamat sebab tak tahu mana angka yang lebih besar dan berhak untuk membubarkan DUN.

    Apa kata BN ada 28 dan pakatan rakyat yang bergabung tak berdaftar macam BN ada 31 di mana BN mohon perkenan Sultan Perak untuk bubarkan DUN. Kalau dalam kes ini pakatan akan kata ini kerja pelik. Macam-macam perkataan bodoh keluar dari mulut PR yang tak boleh ditutup dengan tempayan.

    BN tak pernah buat kerja macam ini kalau tiada majoriti. Tetapi pakatan tak malu.

    Untuk apa pilihanraya? Kalau begitu mintalah tiap-tiap tahun ada pilihanraya.

    Kerajaan baru setahun jagung nak pilihanraya.

    Pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan Penanti diadakan bukan sebab kematian wakil rakyat tetapi pakatan ada masalah moral. Tak membazir duit pembayar cukai.

    Sungguh anih.

    Sekian.

    BalasPadam
  9. aku x phm la korg sumer nih. apsal la korg tgile2kn sgt ngan title mb 2. dua2 sama je gile kuasa. kalo nizar x gile kuasa, knp dia nk bubarkn dun. sbb dia yakin dia akn menang. ntahla. suara rakyat konon. korg tau x ape makna sbnr suara rakyat. rakyat nk hidup dlm suasana slamat dan aman. bukannye berbalah2 camni. org2 cam korg nih la, yg pentingkn sgt politik sampai lupe ttg hubungan dgn manusia lain, yg sbnrnye membinasakan kesejahteraan ngr perak aku. aku x phm la. x bleh ke korg berbaik2. kitorg undi korg sbb kitorg yakin yg korg bleh majukn ngr dn juga menjdkn ngr nih aman damai. korg x pikir ke sume 2. korg x perlu jd mb atau parti korg kene mng pilihanraya ntuk jlnkn keje sng camtu. cukup sekadar jd wakil rakyat. pegilah lawat kampung2, ambil berat sket ape masalah kitorg. walaupon korg x tolong sgt pon, dpt tgk korg pon dpt legekan ati kitorg. at least kitorg masih tau yg korg masih amek berat pasal kitorg. sudah2 la bgaduh. korg bgaduh pon, yg susah rakyat. igt blk niat korg mase mula2 nk jd wakil rakyat dulu. bukannye nk jd mb, tp nk tolong rakyat susah.

    BalasPadam