Jumaat, 1 Mei 2009

Datuk SUK Perak Menghalang Media Buat Liputan Pada 7 Mei

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 1 Mei 2009.


Benarkan Semua Media Untuk Membuat Liputan Sidang DUN pada 7 Mei.


Sekali lagi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Abdul Rahman Hashim telah campurtangan dalam urusan perjalanan Dewan Negeri. Menurut laporan dalam Malaysiakini, beliau telah membuat peraturan-peraturan baru untuk menyekat media massa untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang akan bermula pada 7 Mei.

Menurut laporan tersebut hanya segelintir kecil daripada wartawan akan dibenarkan masuk pada hari itu. Hanya 3 anggota ‘crew’ TV akan dibenarkan untuk membuat liputan. Arahan ini dikatakan dibuat oleh Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri. Syarat-syarat tersebut diakui teriama oleh Pegawai Kanan Sekrateriat Koprat & Perhubungan Awan Kerajaan Negeri Perak, Noor Aniza Mansor.

Menurut Noor lagi, hanya pihak yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri akan dibenarkan untuk masuk ke dalam Dewan Negeri. Ini adalah arahan daripada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri supaya mesyuarat boleh berjalan secara lancar.

Setiausaha Kerajaan Negeri membuat syarat bahawa hanya ‘media utama’ dibenarkan masuk. Hanya dua wartawan untuk setiap organisasi dibenarkan. Tetapi, untuk RTM dan TV3, beliau membenarkan 3 orang. Media-media internet termasuk Malaysiakini tidak dibenarkan masuk.

Perjalanan persidangan Dewan Negeri terletak di bawah bidang kuasa Speaker. Datuk Setiausaha Kerajaan tidak berunding dengan Speaker berkaitan dengan hal ini. Beliau membuat keputusan sendiri secara sewenag-wenangnya. Saya memberi amaran kepada beliau supaya tidak campurtangan dalam urusan Dewan Negeri. Saya berharap beliau sebagai penjawat awam akan berpeganag kepada prinsip neutraliti.

Kenapakah syarat-syarat dikenakan untuk menghalang media massa menghadiri persidangan dewan negeri kali in?. Mereka (media massa) bukannya datang untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan. Mereka hanya datang untuk membuat liputan persidangan. Rakyat berhak mengetahui apakah sebenarnya berlaku dalam persidangan hari itu. Rakyat tidak boleh diperdayakan dengan berita ‘satu pihak’ dengan hanya membenarkan media yang menyokong kerajaan. Tindakan Datuk Setiausaha jelas menunjukkan satu lagi usaha yang mengancam demokrasi negara kita. Tindakan beliau adalah bertentangan amalan ‘kebebasan akhbar’.

Saya akan berjumpa dengan Datuk Setaiusaha Kerajaan Negeri secepat yang mungkin untuk mendapatkan penjelasanya berkaitan dengan isu ini. Saya sebagai Speaker Dewan Negeri Perak berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi yang subur. Dalam persidangan-persidangan DUN tahun yang lepas, saya membenarkan liputan TV internet secara langsung. Ramai orang dari dalam dan luar negara telah mengikuti persidangan dewan tersebut. Inilah namanya demokrasi, kerana rakyat yang memilih wakilnya berhak mengetahui apakah yang berlaku di dewan semasa persidangan. Ianya tidak boleh disorok-sorokkan.


Oleh yang demikian, saya mahu semua media, termasuk media antarabangsa dan media internet untuk membuat liputan persidangan DUN pada 7 Mei secara adil dan saksama.

4 ulasan:

  1. This Perak SUK deserves to be shot on the head. A typically civil servants kaki bodek. Ini orang mesti naik pangkat sebab kuat ampu, kaki sabotage orang lain.
    Kick him next time around.
    Lawan tetap lawan YB.

    BalasPadam
  2. sudah la zamry dari dulu sampe sekarang ni tak habis-habis menyusahkan orang...ingat la kubang kita di jeti pangkor ngutip duit orang campak dulu.....

    BalasPadam
  3. Tuan speaker...
    Tuan Speaker sepatutnya kena jemput wartawan dari luar seperti Reuter, Aljazerra dan lain-lain lagi, biar mereka berkampung di depan Dewan, sekurang-sekurangnya mereka akan melaporkan kepada seluruh dunia yang demokrasi di Malaysia sudah tiada... Malaysia dah jadi macam Negara Myanmar..

    BalasPadam
  4. Tuan Speaker,

    Saya percaya Tuan ada kuasa dibawah Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak untuk membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menghalang pihak media massa daripada memasuki Dewan.

    Adalah penting untuk kebebesan akhbar dan prinsip ketelusan dan keadilan untuk Tuan mengisytiharkan bahawa Tuan tidak menghalang mereka daripada menghadiri persidangan Dewan.

    Oleh yang demikian, Tuan harus guna Peraturan 84 dan 89 untuk berbuat demikian. Walaupun tindakan ini akan menyebabkan pertelingkahan terus (head on clash) dengan Datuk SUK, tapi perisytiharan sedemikian akan meninggikan martabat Tuan dan Dewan dan akan dilihat sebagai usaha ke arah membebaskan DUN Perak daripada cengkaman pihak eksekutif dan perkhidmatan awam.

    BalasPadam