Rabu, 27 Mei 2009

Sivakumar Bersama Mohamad Sabu Di Tapak Expo Keadilam , Penanti


Sivakumar bertemu dengan Mohamad Sabu di Tapak Expo Keadilan di Penanti pada 26 Mei 2009. Mohamad Sabu dalam ucapanya menyentuh tentang krisis politik negeri Perak. Beliau meminta supaya Dewan Negeri Perak di bubarkan. Selain daripada itu, beliau rasa amat kecewa terhadap BN yang telah merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat. Beliau juga tidak puas hati dengan keputusan 5 minit yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Belaiu membandingkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang lebih terperinci.

Selain daripada itu, beliau juga mengecam tindakan polis yang mengheret keluar Speaker Dewan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu. Beliau juga menceritakan pelbagai pengalamannya dengan polis. Belaiu juga telah ditangkap sehari sebelum persidangan 7 Mei yang lalu. Selepas ucapanya, beliau bersama-sama dengan V.Sivakumar bersalam dengan pengundi-pengundi yang datang ke tapak Expo tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan