Sabtu, 16 Mei 2009

Kes Nizar Dipinda Ke 21 Mei?

(Suara Keadilan) - Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb.

“Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry,” kata setiausaha politik Menteri Besar Mohammed Nizar Jamaluddin, Misbahul Munir Masjuki.

“Dengan pindaan ini, rakyat semakin prasangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Nizar,” jelas beliau dlam blognya hari ini.

“Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin Umno yang lain, ” kata Misbahul.

“Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Nizar dipinda ke 21hb,” tambah beliau.

Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa dengan cara yang haram, dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.

Ini semua mengundang ketidakyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini. Rakyat sebenarnya sudah lama mempertikaikan institusi kehakiman sejak lama dahulu, lebih-lebih lagi selepas isu peguam Linggam yang gempar suatu ketika dulu.

Apabila unsur ini berlaku pula kepada kes Nizar, rakyat semakin tidak percaya kepada mahkamah di Malaysia.

Kita bimbang rakyat akan bertindak di luar batasan undang-undang setelah ketidak percayaan kepada mahkamah sampai kemuncaknya. Adakah ini yang pemimpin Barisan Nasional mahu?,” tegas beliau lagi.

6 ulasan:

  1. Sama sepertimana bekas ketua singapura dulu di mana beliau telah belajar bahasa melayu, belajar tulisan jawi, bergaul dgn org melayu, mengambil hati org melayu hingga munculnya golongan melayu yg berpegang kepada prinsip semua bangsa samarata dan tiada hak yg istimewa untuk mana-mana kaum. Org melayu diberikan jawatan tinggi dan memegang jawatan no. satu dlm parti bukan melayu. Ye, utk 1 penggal org melayu beratas di atas. Tetapi lama kelamaan keadaan berubah dan janji –janji pun berubah hingga melayu tidak lagi di atas . bahkan kaum ketiga yg minoriti mempunyai kedudukan lebih tinggi dan diberi jawatan tinggi berbanding org melayu sendiri. Akhirnya melayu singapura melukut di tepi gantang. Apakah itu keadaannya akan berlaku di Tanah Melayu .Sejarah berulang kembali... Kita bangga kononnya cina2 pun dh pandai mengaji.. hehehe.. dh nama pun cina laknat, apa pun sanggup dibuat, asalkan hasrat tercapai.. yang tergadai masa depan, anak melayu sendiri..

    BalasPadam
  2. From Najib/Zambry's illegal power grab of Perak to more illegal moves by them. They must be rubbing their hands in glee without a thought of their despicable deeds being condemned by angry Perakians. With the judiciary, PDRM and the civil service entrenched in Najib's pocket, they will answer to his every bidding to unseat Datuk Seri Nizar by hook or by crook.
    Do your worst, Najib/Zambry as you only have 3 years or so to pillage Perak and from then on Perakians will hold you both accountable for your actions.
    UMNO must be desperate to ask Che Det to do it's evil bidding, for to us he has become senile and short of being insane to even hope that Perakians could have a short memory. Let us remind you that PERAKIANS NEVER FORGET!!
    In that day when UMNO/BN are ousted from our beloved state, Perakians will spill into the streets to rejoice of never having to meet or see the likes of the two of you for a long long time to come!!

    BalasPadam
  3. salam tuan speaker

    I dont know other people.but for me to trust and to belive any judge in malaysia sorry not me,saya rela di hukum terus dari buang masa di biacarakan oleh mana-mana hakim di malaysia.
    Mb haram zamry ada kerja sambilan.foto beliau telah di tangkap curi.sila ke blog jamilkcuing untuk melihatnya.

    BalasPadam
  4. Memang patutpun buat undi tidak percaya dalam sidang DUN yang kononnya haram. Wahai Mis ba hul, kalau sidang itu haram untuk apa pakatan pembangkang nak bersidang.

    Anda tahukah siapa yang ada majoriti? Dalam demokrasi, siapa yang berhak memerintah Perak sekarang ini? Mana ada dalam dunia ini minoriti tunduk kepada majoriti. Nizar tidak berhak untuk meminta perkenan Tuanku Sultan Perak setelah kehilangan majoriti.

    Tak malu pakatan pembangkang ini kerana tak tahu matematik. Sila jawab soalan ini. Mana angka ini yang lebih besar? A) 31 B) 28

    Markah yang diberi ialah 1000.

    Sekian.

    BalasPadam
  5. Wahai Mis Ba Hul,

    Apa yang anda kelirukan? Siapa yang memulakan kerja turun naik mahkamah ini?

    Siapa yang memegang majoriti di Perak? Tak malukah nak memerintah tetapi kehilangan majoriti.

    Walaupun jika menang kes mahkamah rayuan, bolehkah memerintah Perak tetapi tiada majoriti. Nampak sumbang. Kalaupun Nizar jadi MB, bolehkah meminta perkenan Sultan bubar DUN sedangkan tiada majoriti?

    Sila jawab soalan ini. Pilih angka mana yang lebih besar? A) 31 B) 28

    Markah yang diberi ialah 1000.

    Sekian.

    BalasPadam
  6. Kalau sidang DUN haram, buat pakatan pembangkang hadir ke sidang itu.

    BalasPadam