Isnin, 11 Mei 2009
PR & BN Harus Mohon 'Restu' Rakyat Di Perak
Krisis politik di Negeri Perak hanya boleh diselesaikan melalui pembubaran Dewan Negeri. Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan masa depan bumi Perak. Hanya rakyat yang mempunyai kuasa ataupun mandat untuk menamatkan kemelut politik Perak.
Pilihanraya perlu diadakan dengan segera. Rakyat seluruh Perak bersedia menghadapi pilihanraya. Pakatan Rakyat bersedia untuk turun gelanggang pilihanraya. Barisan Nasional pula berdegil dan mahu meneruskan pemerintahan dengan kerajaan yang dirampas secara haram. Walau bagaimanapun, dalam sistem demokrasi, rakyatlah menentukan segala-galanya.
Biarlah rakyat membuat pilihan. Kedua-dua pihak harus bersedia untuk menerima keputusan rakyat. Kalau proses demokrasi ini tidak dihormati, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. Kita tidak patut membelakangkan rakyat dalam isu krisis politik Perak. Rakyat perlu diutamakan.
Ketamakan kuasa akan merugikan rakyat. Kita tidak boleh membiarkan satu kerajaan yang tidak sah memerintah negeri Perak. Kita perlukan sebuah kerajaan yang diterima oleh semua. Kemelut politik Perak telah mengakibatkan suasana yang amat mengelirukan. Setiap hari, masalah menjadi semakin kusut. Di Perak kita ada:
1) Dua orang Menteri Besar
2) Dua orang Speaker Dewan Negeri
3) Dua barisan EXCO
4) Dua Setiausah Dewan Negeri
5) Dua Dewan Negeri (Sub Dewan dalam Dewan Negeri)
Dalam kata lain, Perak mempunyai dua kerajaan. Satu kerajaan yang sah dan satu lagi yang haram. Politik Perak sudah sampai ke jalan buntu. Merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan atau taktik-taktik kotor tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah. Malah ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan di kalangan rakyat. Bubarkan DUN Perak. Mohon 'Restu' rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
I am not a member of any political party.For the sake of justice and righteousness, I wish to ask why the HRH is still quiet inspite of the BN recognizing the fact now,that they have done a blunder in Perak as we are reading the news? Are they waiting to make a decision based on the Court verdict today afternoon? If that's the case they should have waited even before allowing the 7,May Dewan sitting.I just feel if they could make a decision now to dissolve the Assembly immediately before the Judge declare who is the legal MB of Perak,or despite the verdict if it favours BN, the move will restore respect to the royalty again. PERAK ASSEMBLY SHOULD BE DISSOLVED BY ALL MEANS IF EVERYONE IS SINCERE INCLUDING HRH,BN and PAKATAN FOR THE SAKE OF THE RAKYAT,NO SHORT CUT PLEASE!
BalasPadam-A Perakian who upholds "kedaulatan kepada Raja dan Negara"
Walaupun keinginan rakyat Perak memilih kerajaan negeri Perak yang baru pada masa kini melalui pilihan raya tetapi BN yang mengila-gilakan kuasa ,bersifat keji dan rakus memonopolikan kuasa dan sendiri menubuhkan kerajaan yang tidak sah yang tidak direstui oleh rakyat perak dan enggan memulangkan hak kepada rakyat untuk mengundi semula melalui pilihan raya bagi memilih kerajaan yang baru melalui proses demokrasi.Pembawa kemulut politik di Perak ialah BN. Sebenarnya, BN harus memikul tanggungjawab krisis kemelut di Perak. SEKARANG APA-APA KAEDAH UNDANG-UNDANG(DI MAHKAMAH) PUN TIDAK DAPAT MENGATASI MASALAH DI PERAK PADA MASA KINI. Hal ini kerana setiap golongan perundangan mempunyai persepsi yang tersendiri. Selain itu, badan kehakiman mungkin membuat keputusan yang belah sebelah yang menguntungan pihak BN.Jika Mahkamah memutuskan Zambri sebagai Menteri Besar yang sah,pihak yang kalah ialah RAKYAT PERAK ITU SENDIRI.HANYA MELALUI PILIHAN RAYA sahaja dapat mengatasi krisis kemelut politik di Perak. Tahun lepas,pengundi Perak telah memilih pakatan rakyat(gabungan DAP,PKR dan Pas menubuhkan kerajaan negeri)sebagai kerajaan negeri baru. Tetapi,kekalahan BN dalam pilihan raya bukan sahaja tidak menyedarkan BN , malah BN menggunakkan taktik-taktik yang jahat, keji,dan bercanggahan dengan demokrasi merampas kuasa pentadbiran negeri Perak dan tampuk kuasa daripada Pakatan Rakyat. Saya di Universiti mendengar banyak kawan dari Perak hanya mengiktiraf Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri mereka.Mereka berhairah keluanga mereka pada pilihan raya lalu memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan negeri Perak tetapi sekarang pula wujud sebuah kerajaan yang haram(BN) yang tidak disukai oleh mereka. Hal ini telah menonjolkan Pakatan Rakyat memainkan peranan yang betapa penting dalam hati rakyat Perak.Sekarang,hanya pilihan raya sahaja mampu menyelesaikan krisis kemelut politik di Politik."Hee Yit Fong " ialah seorang yang tidak berguna dan tidak berani balik ke Jelampang kerana tidak berani mendepan dengan pengundi di situ.Sebagai seorang timbalan speaker rakyat tidak berhak menghalau speaker yang masih ada di Dewan ke luar. Dia telah melanggar undang-undang. Dia ini tidak tahu malu dan segan,buat salah tidak tahu sedar.Tindakan ini telah menyebabkan demokrasi telah mati. Orang macam ini patut menerima balasan yang setimpa dengan tindakan orang yang keji ini di DUN. BN juga akan menerima balasan. "Najib" juga orang yang tak berguna. Perdana Menteri yang paling benci oleh rakyat. Apa konsep "1 Malaysia"? Dia mampu mencapainya telah menjadi satu masalah. Sampai sekarang BN belum membuat pembaharuan. Jika UMNO ada lagi di dalam pentadbiran negara atau Perak,rakyat hidup dalam keadaan yang tidak gembira. Malaysia mungkin akan mengalami kemunduran pada suatu hari. Dengan kesedaran ini, pada tahun lepas, rakyat di Pulau Pinang, Perak, Kedah,Selangor telah menghalau BN di tampuk kuasa kerajaan negeri. Hal ini sudah jelas rakyat mahu PR bukan BN. BN tidak mampu membuat pembaharuan. "Kebanyakan rakyat sekarang BENCI BN,KASIHI PR,HORMATI PR,SUKA AKAN PR".Pilihan Raya adalah alternatif yang terbaik bagi meleraikan krisis politi d Perak.
BalasPadamThis was exactly what PR and Perakians had suggested from the start of the impasse.... to go back to the people for a new mandate out of concern for Perak. No PR representative should even consider any position in BN's illegal Perak government even though Najib seemed to have suggested or offered it. In the first place, none of those ugly scenes and fracas would have occurred if the sultan had consented to a new election!!
BalasPadam