Khamis, 16 April 2009

Imuniti Dibawah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan


Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.


(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.


(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.


(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.


(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.



Siapakah yang menyalahgunakan kuasa sekarang?

8 ulasan:

  1. Saya harap tuan dan seluruh pimpinan PR bersabar.Keputusan mahkamah itu telah dijangkakan.Malang bagi hakim2 yang terlibat kerana dihujung usia mereka mencipta sejarah yang akan dikutuk oleh generasi akan datang.Saya harap keputusan ini disiarkan diakhbar antarabangsa sebagai satu pengajaran kepada mereka yang mempersendakan undang2..teruskan berjuang YB

    BalasPadam
  2. Kuasa di tangan siapa?
    Ini semua peraturan dunia je.
    Orang yang jadi hakim tu dari mana datangnya?
    Umpama dmentimun cuba melawan durian le jawabnya.
    Betul atau tidak bukan soalnya.
    Yang penting kepentingan sendiri dapat dilaksanakan.
    AKU TAK TAHU PUN

    BalasPadam
  3. tuan speaker,
    apa yg saya paham, tuan speaker buat keputusan gantung mb haram dan exco haram tu bukan semasa sidang DUN (betulkan saya jika salah). maka selepas bersidang nanti, tuan speaker boleh gantung semula mereka ikut prosedur dlm dewan.

    bila agaknya DUN Perak bersidang?

    BalasPadam
  4. Well, I have expected this result since last month, so it won't to be much surprise for me...

    The copy of Article 72 should be distributed everywhere, especially in kampung. It's about time PKR and PAS to educate our kampung folks what role royalties and legislature play today.
    DAP should encourage more Malay educationists to be member.

    Next general election, make sure these dictators packed up and go back to their kampungs!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Hakim Mahkamah dan peguam MB Zambry mempersoalkan Artikel mana atau kuasa mana yang Tuan Speaker gunakan semasa menggantung MB BN Zambry kadir dan 6 exco nya tempohari.

    Tuan Haji sulaiman Abdullah dan panel peguam telah berhujjah sepertimana tuan speaker naytakan dibawah doktrin pengasingan kuasa mahkamah tiada hak/kuasa untuk mempersoalkan atau "review" keputusan Speaker DUN/Parlimen. Juga merujuk kepada pelbagai kes diseluruh dunia tapi tak tahu lerr mcmmana malaysia ni.

    BalasPadam
  7. rakyat malaysia dan rakyat perak sdg menunggu apa akan berlaku seterusnya di perak..apakah akan berlaku sidang dun?bilakah akan diadakan sidang dun? apakah yg akan berlaku di dlm sidang dun nanti? mampukah tuan speaker menghalang kerajaan haram umno berkuasa di perak..

    semoga Allah melindungi kerajaan pakatan rakyat,hancurkanlah rencana2 jahat umno bn..

    BalasPadam
  8. maaf tuan speaker, setelah menelaah semula, baru saya ingat keputusan gantung MB dan exco haram telah diundi di sidang DUN bawah pokok demokrasi.

    umno/bn ni mmg haram jadah.

    BalasPadam