Ahad, 21 Julai 2013

Pembacaan Meluas Akan Meningkatkan Edaran Akhbar Tamil

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 20/7/2013 di Batu Gajah

Pembacaan Meluas Akan Meningkatkan Edaran Akhbar Tamil

Seperti tahun-tahun yang lepas YB V.Sivakumar telah memberi sumbangan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Thevaram anjuran Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah. Pagi tadi satu sembayang khas telah diadakan di Kuil Naga Kaniamman Desa Changkat bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Dalam upacara itu Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Bahagian Batu Gajah Yang Berbahagia Encik Balakrishnan telah memberi penghormatan kepada YB V.Sivakumar mengikut adat dan kebudayaan India. Selepas upacara sembayang, YB V.Sivakumar telah memberi ucapan ringkas kepada peserta- peserta pertandingan Thevaram dan ibubapa mereka.

Dalam ucapan ringkas itu, beliau telah menyarankan supaya anak-anak kita harus memberi tumpuan atau fokus dalam pelajaran. Ini adalah penting untuk memastikan masa hadapan yang lebih cerah terutamanya golongan miskin yang tidak ada peluang lain di negara ini. Beliau juga menberi semangat dan galakan kepada anak- anak kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan seperti Thevaram dan sebagainya. YB V.Sivakumar juga meminta supaya semua peserta- peserta mengambil bahagian dalam pertandingan dengan penuh semangat keagamaan.

Kepada ibubapa pula, YB V.Sivakumar menasihatkan supaya memberi perhatian penuh terhadap pelajaran anak-anak mereka. Selain daripada itu, beliau meminta ibubapa juga membaca akhbar-akhbar Tamil setiap hari. Ini adalah  untuk mengetahui perkembagan semasa dan hal-ehwal politik negara dan antarabangsa supaya kita tidak ketinggalan dalam dunia yang penuh cabaran ini. Membaca akhbar-akhbar Tamil juga memberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai perkara seperti kewangan, kebudayaan, keagamaan, kesenian dan program- program kemasyarakatan.

YB V.Sivakumar memberi cadangan supaya setiap keluarga harus membeli sekurang- kurangnya  satu akhbar Tamil setiap hari untuk menjamin kewujudan bahasa dan bangsa India di negara ini untuk selama- lamanya. Tindakan itu juga akan memberi galakkan kepada  pihak media Tamil supaya berkembang dengan lebih maju dan memberi maklumat yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Ini juga secara tidak langsung akan membantu perkembangan Bahasa Tamil dengan lebih meluas lagi di negara kita.


Pertandingan Thevaram telah berlangsung di SJKT Changkat bermula 9am dan tamat lebih kurang 4pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan