Jumaat, 19 Julai 2013

Harapan dan Masa Hadapan Guru- guru Interim Terkecai

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 18/7/2013 di Dewan Rakyat

Harapan dan Masa Hadapan Guru- guru Interim Terkecai

YB V.Sivakumar


Semalam saya telah membahas tentang isu masa hadapan guru- guru interim di negara kita.  Dalam perbahasan belanjawan tambahan Saya telah  menanyakan Kementerian Pelajaran. tentang masalah yang dihadapi oleh guru- guru interim di SJKT di seluruh  negara. Terdapat lebih kurang 200 guru interim di SJKT yang menunggu tawaran untuk menjalani latihan perguruan. Mereka ini menunggu sekian lama tetapi tidak ada apa-apa maklum balas daripada pihak kementerian. Mereka merayu kepada kerajaan supaya diberi peluang menjalani latihan perguruan kerana masa hadapan mereka tidak terjamin.

Setakat ini tidak ada apa-apa maklumbalas yang positif daripada pihak kerajaan berhubung dengan perkara ini. Saya meminta Menteri Pendidikan samada perkara ini dibawa kepada perhatian kabinet dan langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah .




Perkara yang lebih menyakitkan hati ialah peranan MIC dalam menyelesaikan masalah guru- guru interim SJKT ini. Presiden MIC Dato Seri Palanivel telah membuat beberapa kenyataan media bahawa masalah ini akan dibawa kepada perhatian kabinet. Beliau juga mencadangkan supaya guru- guru yang tidak layak diberi kursus khas 6 bulan sebelum menjalani latihan perguruan. Bagi guru-guru yang layak pula  terus diserapkan dalam program latihan perguruan. Inilah janji yang diberikan oleh Dato Seri Palanivel kepada guru- guru interim SJKT.

Saya  percaya Presiden MIC itu tidak pernah membawa isu ini untuk dibincangkan dalam kabinet. Oleh yang demikian, ini adalah satu lagi pengkhianatan yang dilakukan MIC kepada guru- guru interim SJKT.  'Harapkan pagar, pagar makan padi' pepatah ini amat sesuai untuk mengambarkan situasi guru-guru interim SJKT yang menaruh penuh harapan terhadap pimpinan MIC.

Disini saya mahu mendesak Dato Seri Palanivel bercakap benar samada beliau telah membawa perkara ini kepada perhatian kabinet ataupun tidak. Jika tidak, bila beliau bercadang berbuat demikian. Jika beliau telahpun membawa  ini kepada perhatian kabinet, apakah tindakan- tindakan yang telah dan akan diambil untuk menangani isu ini?

YB Dato Kamalanathan


Dalam menjawab persoalan- persoalan yang telah saya timbulkan, Timbalan Menteri Pelajaran   YB Dato Kamalanathan telah memberi satu jawapan yang memeranjatkan. Beliau berkata kerajaan tidak ada unjuran untuk melatih guru- guru interim yang tidak terlatih ini. Jawapan beliau menunjukkan sikap kerajaan yang tidak prihatin kepada guru- guru interim  iaitu 'use & throw'. Masa hadapan guru- guru interim ini tidak dipedulikan oleh kerajaan. Ini juga membuktikan bahawa MIC hanya memberi janji kosong sebelum pilihanraya untuk memikat hati pengundi-pengundi masyarakat India.

Saya mendesak supaya kerajaan memberi peluang kepada kesemua 200 guru interim yang masih berminat untuk mengikuti latihan perguruan dan  mahu memberi sumbangan kepada SJKT.  Saya juga telah meminta Kementerian Pelajaran untuk menyediakan peruntukan khas untuk melatih guru- guru interim ini.

YB V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan