Ahad, 21 Julai 2013

Kawalan Untuk Makanan Yang Diimport

Jawapan Parlimen
Kawalan Untuk Makanan Yang Diimpot

Mesti mematuhi Akta Makanan 1983
Kementerian Kesihatan memantau melalui Program Kawalan Keselamatan & Kualiti Makanan di pintu masuk (menggunakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia yang disepadukan dengan Sistem Maklumat Kastam)

Pada tahun 2012, sebanyak 161,157 konsainan makanan telah diperiksa, dimana sebanyak 14,767 konsainan telah diambil sampel untuk tujuan analisa. Daripada jumlah sampel itu, 178 (1.2%) telah melanggar Akta Makanan 1983

Terdapat isu tapioca ball daripada Taiwan yang dicemari asid maleik. Sejenis bahan yang tidak dibenarkan dalam produk makanan di bawah Peraturan- peraturan Makanan 1985. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggantung pengimportan 23 produk makanan dari Taiwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan