Ahad, 14 Julai 2013

Kandungan Dakwat Kekal Seperti Rahsia Cocacola

Kenapakah Kerajaan mahu merashiakan nama pembekal dakwat Kekal yang digunakan oleh SPR dalam PRU13? Perkara ini dibangkitkan dalam Dewan Rakyat ketika membahaskan titah ucapan DYMM Yang Dipertuan Agong. 



Dakwat kekal yang digunakan itu tidak kekal dan seluruh rakyat Malaysia mengetahui hakikat itu. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk SPR. Walau bagaimanapun ada juga diantara Ahli-ahli Parlimen BN yang terang- terang mahu membela rakan kongsi mereka iaitu SPR. Kenyaaan mereka bahawa dakwat yang digunakan itu adalah kekal seminggu membuktikan betapa bodoh golongan itu dan sungguh memalukan BN. Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa dakwat yang digunakan itu tidak kekal dan hilang serta merta apabila dicuci dengan sabun.

Saya masih ingat seorang lelaki membuat demo di luar Sek Men Pusing, Batu Gajah pada hari pilihanraya. Beliau menjemput pengundi- pengundi yang selesai mengundi dan membesihkan tangan mereka dengan sabun cuci pinggan. Memang benar, saya dapat melihat dengan mata sendiri dakwat itu telah hilang dengan serta merta. Sungguh memalukan apabila ada juga diantara wakil rakyat yang berlakon seolah-olah  mereka tidak sedar tentang perkara ini. Mereka berhujah mengatakan bahawa dakwat yang digunakan itu adalah kekal dengan tujuan untuk  memesongkan Dewan Rakyat. Ada juga diantara Ahliahli Parlimen BN yang menuduh Ahli-ahli Parlimen PR menipu dalam hal ini. 

Perkara yang lebih menguriskan hati ialah tentang jumlah yang dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal itu. Sejumlah  RM7.1 juta telah dibelanjakan untuk pembelian tersebut. Tetapi, dakwat itu tidak  berguna langsung. Kerajaan telah merugikan RM7.1juta duit rakyat dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap perkara itu. RM7.1 juta telah menjadi 'sampah' apabila kerajaan memberi sesuatu benda yang tidak boleh digunakan dengan sempurna untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan telus. Adakah kerajaan telah ditipu oleh syarikat yang membekalkan dakwat kekal itu?

Jika kerajaan tidak bersalah dan telah ditipu oleh syarikat pembekal dakwat itu, maka kerajaan seharusnya mendakwa syarikat tersebut di mahkamah. Kenapa kerajaan begitu segan sekali untuk berbuat demikian? Mungkinkah kerajaan juga bersubahat dalam komplot dalam menghasilkan rumusan dakwat kekal yang tidak kekal itu. Adakah formula kandungan dakwat itu diberikan oleh kerajaan kepada syarikat pembekal itu? Mungkin juga kerajaan bimbang jika nama pembekal itu didedahkan, maka syarikat itu akan memberitahu keadaan yang sebenar dan rakyat akan mengetahui niat buruk BN dalam pilihanraya ini.

Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kandungan silver nitrate dalam dakwat itu hanya 1% sahaja. Adakah kerajaan BN yang memastikan bahawa syarikat pembekal itu mengunakan peratusan silver nitrate yang begitu rendah untuk mencapai agenda mereka? 

Perkara yang amat ganjil sekali ialah apabila pihak kerajaan tidak mahu memberitahu nama pembekal itu. Ini seolah-olah ada udang disebalik batu. Kenapa kerajaan perlu merahsiakan perkara Tersebut? ketika  perkara ini ditimbulkan di Dewan Rakyat, kerajaan memberi jawapan pintas dengan mengatakan bahawa ia melibatkan soal keselamatan. Keselamatan siapa? Keselamatan BN, keselamatan rakyat atau keselamatan pembekal dakwat? 

Begitu juga, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pewarna yang digunakan untuk dakwat kekal itu ialah pewarna makanan.  YB Shahidan Kassim, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri berkata bahan pewarna makanan yang digunakan itu juga perlu dirahsiakan oleh kerajaaan. Kenyataan beliau amat melucukan kerana kandungan dakwat kekal itu dianggap seperti rahsia kandungan minuman cocacola. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan