Sabtu, 20 Julai 2013

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 20/7/2013 di Ipoh.

YB V.Sivakumar
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 20/7/2013 di Ipoh.

Penuntut Di Luar Negara Kesal Kenaikan Caj Penghantaran Bungkusan Pos Malaysia

Caj perkhidmatan menghantar bungkusan ke luar negara telah meningkat secara mendadak lebih kurang 2 bulan yang lalu. Kenapakah caj perkhidmatan penghataran barangan melalui laut meningkat dengan begitu banyak sekali secara tiba-tiba?Saya telah menerima aduan daripada beberapa orang yang sering  menghantar bungkusan ke luar negara melalui laut. Kenaikan yang mendadak ini adalah  tidak rasional dan amat membebankan pelanggan-pelanggan Pos Malaysia.

Sebagai contoh, penghantaran bungkusan seberat 10kg dikenakan caj khidmat penghantaran sebanyak Rm100  ke Moscow melalui laut. Kos penghantaran ini adalah seperti mana dikira 6 bulan yang lalu. Tetapi, kini caj penghantaran itu dinaikkan berlipat ganda. Bungkusan seberat 10kg ke Moskow melalui laut dikenakan caj RM345. Disamping itu, RM15 dikenakan untuk setiap 500g yang berikutnya. Saya difahamkan kenaikan caj penghantaran ini telah mula dilaksanakan oleh Pos Malaysia lebih kurang 2 bulan yang lalu. Tambahan pula penghantar barang- barang ke destinasi  juga mengambil masa yang cukup lama iaitu diantara 3 hingga 6 bulan.


Kenaikan car perkhidmatan penghantaran bungkusan  itu adalah amat membebankan ibubapa yang menghantar barang-barang makanan dan keperluan kepada anak- anak mereka yang belajar di luar negara. Sering kali kandungan bahan makan dalam bungkusan itu adalah lebih murah daripada caj penghantaran. Ini adalah satu perkara yang tidak logik dan perlu diambil perhatian yang serius oleh Jabatan Perdana Menteri.

Ibubapa terpaksa menanggung kos pendidikan anak- anak mereka yang amat tinggi di luar negara. Tambahan pula penghantaran bahan- bahan keperluan melalui laut juga telah melonjak tinggi. Beban ataupun tanggungan ibubapa juga turut bertambah dan menjejaskan kemampuan ekonomi dan sara hidup mereka.

Oleh yang demikian, saya mendesak pihak kerajaan mempertimbangkan perkara ini dan menyusun semula caj penghantaran bungkusan ke luar negara supaya tidak membebankan pelanggan Pos Malaysia.  Ini  secara langsung dapat membantu ibubapa dan juga peniaga- peniaga tertentu yang amat bergantung kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan ke luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan