Khamis, 11 Julai 2013

Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sebab Syarikat Penerbangan Malindo telah diberikan layanan istimewa yang luarbiasa


Media
Statement by Tony Pua, DAP National Publicity Secretary and Member of
Parliament for Petaling Jaya Utara in Kuala Lumpur on Wednesday, 10 July 2013 in
Kuala Lumpur





Perdana
Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah melancarkan syarikat penerbangan Malindo pada
tahun lalu 12hb September.  Malindo Air
yang merupakan hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries
Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Group, diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa akan
mula beroperasi pada 1 Mei 2014.

Masalah
percanggahan kepentingan telah berlaku dalam jawapan yang telah diberikan oleh
Kementerian Pengangkutan kepada saya pada minggu lalu, 4hb Julai 2013, di mana
pihak Menteri memaklumkan bahawa Malindo Air hanya diberikan Lesen Perkhidmatan
Udara oleh Jabatan Penerbang Awam (DCA) pada 28 Februari tahun ini.

Maksudnya,
Dato’ Seri Najib Razak telah melancarkan dan mengumumkan tarikh operasi sebelum
DCA dapat menjalankan audit ke atas kelayakan syarikat tersebut untuk
memperolehi lesen berkenaan.  Kejadian
ini telah memberikan bukti yang lebih kukuh bahawa Malindo Air telah diberikan
sokongan luarbiasa daripada Perdana Menteri sendiri sehingga kekurangan-kekurang
lain syarikat tersebut diabaikan.

Mengikut
jawapan Menteri Pengangkutan, antara kriteria dalam memberikan lesen
perkhidmatan udara adalah “kedudukan kewangan yang kukuh” dan “lulus dalam
menjalani audit teknikal”.

Mengikut
laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini, Malindo Air hanya mempunyai
“paid up capital” sebanyak RM1 juta sahaja.  Pemilik saham utama Malindo Air, syarikat NADI, seperti yang telah
dibongkarkan tahun lalu, telah melanggari Akta Syarikat 1965 kerana tidak
memfailkan penyata kewangan mereka sejak tahun 2007, atau 6 tahun
berturut-turut!

Saya ini
bertanya kepada pihak Kementerian Pengangkutan, adakah sebuah syarikat yang
hanya berkapita sebanyak RM5 juta, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang
melanggari undang-undang dan tidak mempunyai penyata kewangan terkini, layak
untuk diiktiraf “berkedudukan kewangan yang kukuh”?

Apatah
lagi, syarikat usahasama PT Lion Group merupakan syarikat penerbangan yang
mempunyai trek rekod yang amat diragui di Indonesia dan antarabangsa.

Adakah
Kementerian sedar bahawa Lion Mentari Air adalah syarikat penerbangan yang
diharamkan di European Union atas sebab “safety concerns due to alleged poor
maintenance and regulatory oversight standards on the part of the EU,
preventing them from entering the airspace of any member state”.

[Senarai
penuh syarikat penerbangan yang diharamkan boleh diperolehi di sini: http://ec.europa.eu/transport/air-ban/doc/list_en.pdf]





Baru-baru
ini, pada bulan April, sebuah kapal terbang Lion Air terhempas di Bali .  Tahun lalu, ramai juruterbang
Lion Air ditahan kerana menagih dadah dan syarikat tersebut dihukum oleh
Kementerian Pengangkuatan Indonesia.  Dan
pada Julai 2011, perkhidmatan Lion Air digantung beberapa bulan atas “on-time
performance” yang terlalu teruk.  Isu-isu
di atas masih belum mengambilkira banyak kemalangan yang telah berlaku sebelum
2011.

Kami
mengalu-alukan persaingan yang lebih sengit dalam sektor penerbangan di
Malaysia.  Rakyat Malaysia akan lebih
beruntung dengan tambang penerbangan yang lebih murah dan kompetitif.  Akan tetapi, lesen yang ditawarkan kepada
Malindo Air ini amat diragui dan soalan-soalan integriti tertimbul atas isu-isu
kewangan dan keselamatan yang telah saya bangkitkan.

Soalan
yang paling perlu dijawab oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah sama ada Lesen
Perkhidmatan Penerbangan ini telah diluluskan atas pemilikan saham 10.5% syarikat
NADI oleh DZJJ Sdn Bhd, yang dimiliki oleh anak-anak Datuk Seri Jamaluddin
Jarjis, Nur Anis binti Jamaluddin dan Ikhwan Hafiz bin Jamaluddin, yang berumur
27 dan 25. 5.7% syarikat NADI juga dimiliki oleh Kementerian Kewangan.




Soalan
ini penting kerana ini menunjukkan bahawa Malaysia, selepas “transformasi”
Datuk Seri Najib Razak, masak dipengaruhi dengan gejala kroni Barisan Nasional.



Tony Pua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan