Rabu, 31 Julai 2013

MIC Senyap, 2000 Ekar Tanah Sekolah Tamil Disapu Yayasan Perak



Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak
 
 
 
Kerajaan BN  telah menjanjikan 2000 ekar tanah untuk membantu  pembangunan dan kemajuan 134 buah sekolah Tamil di Perak. Perkara ini telah menjadi perbincangan yang hangat sebelum PRU13. Pelbagai janji ditaburkan oleh MIC dan kerajaan Perak berhubung dengan perkara ini. Setiap kali saya bangkitkan hal ini, ada juga alasan dan janji baru dibuat oleh kerajaan.

Perkara ini sudah senyap selepas PRU13. Ini membuktikan MIC dan Kerajaan Perak tidak serius  dalam menyelesaikan masalah 2000 ekar tanah itu. Antara persoalan- persoalan yang timbul berkaitan dengan perkara ini ialah:



1) Adakah benar 2000 ekar tanah itu diberikan kepada sekolah- sekolah Tamil atau masih di atas nama Yayasan Perak?

2) Di manakah tapak sebenar 2000 ekar tanah itu?

3) kerja-kerja pengukuran telah diselesaikan oleh PTG atau tidak?

Jika pemberian tapak 2000 ekar itu masih di atas nama Yayasan Perak, maka jelas ini merupakan satu penipuan yang dibuat oleh kerajaan Perak. Menteri Besar Perak telah menyatakan dalam media bahawa perbincangan sedang dibuat dengan pihak- pihak tertentu untuk mentadbir dan menguruskan tanah itu bagi pihak sekolah- sekolah Tamil. Tetapi, setakat ini tidak ada apa-apa maklum balas daripada beliau. Daripada pengamatan,  saya cukup risau tentang hal ini kerana terdapat banyak buaya darat yang mahu menelan 2000 ekar tanah itu.



Apa yang menyedihkan ialah MIC tidak sensetif dalam perkara ini.  Setiap kali  pihak pembangkang membangkitkan isu ini, baru nampak reaksi pemimpin- pemimpin MIC untuk mempertahankan kerajaan Perak. Jika tidak,  mereka membiarkan perkara itu tanpa apa-apa tindakan proaktif. Inilah yang menyebabkan MIC Perak hilang keyakinan masyarakat India di seluruh negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan