Jumaat, 27 September 2013

Why did the Minister of Education spend RM20 million on hiring management consultants McKinsey & Co to prepare the National Education Blueprint?

Media Statement by Dr. Ong Kian Ming and Zairil Khir Johair in Parliament on the 24th of September, 2013

In a parliamentary reply given to Dr. Ong Kian Ming on the 23rd of September 2013, it was stated that a total of RM20,566,400 was paid to McKinsey and Co, a management consultancy, for the preparation of the National Education Blueprint. This payment was divided into Phase 1 – RM4,706,400 - and Phase 2 – RM15,860,000.
This is a complete waste of taxpayer’s money for the following reasons:
(i)                  McKinsey are general management consultants and are not specialists in the field of education. There would be perhaps one or two senior partners who have done previous consulting on education related projects but their experience is far less than the panel of experts who are in the project taskforce as well as the independent review panels. If these consultants were brought in because of their experience in the education arena in other countries, very little of this was reflected in the final document. The international comparisons that were in the document could have been obtained by asking a reasonably intelligent final year Malaysian student to do a final year project on international benchmarking in education.
(ii)                The Ministry of Education and other government departments have many more capable personnel who are able to undertake the task of preparing the education blueprint. The Blueprint lists 20 high-powered individuals who were part of the Project Taskforce and the Project Management Office (PMO) including Dr. Faridah Abu Hassan, the Director for the Educational Policy Planning and Research Division (EPRD) as well as Tengku Azian Tengku Shahriman, Director of the Education NKRA and NKEAs. There were another 13 high powered individuals who were part of the Report Editing Team including Dr. Zainal A’alam Hassan, Deputy Director of the Educational Policy, Planning and Research Division and Dr. Aliah Haji Ahmad Shah, Head of the NKEA Unit. Surely the PMO could have utilized its many capable resources within the Ministry and PEMANDU to prepare this National Education Blueprint? Why waste RM20 million on employing expensive management consultants?
(iii)               It goes against one of the 11 ‘shifts’ in the National Education Blueprint which is to ‘Maximise Student Outcomes for Every Ringgit’. This money could have been used to build 4 new schools at the cost of RM5 million each or to build more science labs.
The role of McKinsey is not even documented in the National Education Blueprint (NEB). If not for this parliamentary question and this press conference and media statement, the Ministry may never have been forced to reveal the role and cost of employing McKinsey. This goes against one of the 11 ‘shifts’ in the National Education Blueprint which is to ‘Increase Transparency for Direct Public Accountability’ and it does not give us confidence in the ability of the Ministry to publish a transparent and accountable annual report to track the progress of the National Education Blueprint, as promised.
We call upon the Minister to explain why RM20 million was spend on McKinsey and whether he plans to continue to use the services of McKinsey in implementing the National Education Blueprint.
Dr. Ong Kian Ming, MP for Serdang& Zairil Khir Johari, MP for Bukit Bendera
Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming di Parlimen pada 24hb September 2013
Apakah sebab Menteri Pendidikan membelanjakan RM20 juta untuk mengupah McKinsey & Co bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? 



Menurut jawapan Parlimen yang telah  diterima oleh Dr. Ong Kian Ming pada 23hb September 2013 semalam, jumlah sebanyak RM20,566,400 telah dibayar kepada McKinsey & Co, iaitu sebuah firma pakar runding pengurusan (‘management consultancy’) untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Pembayaran ini telah dibahagikan kepada Fasa 1 – RM4,705,400 – dan Fasa 2 – RM15,860,000.
Pembayaran ini sungguh membazirkan duit pembayar cukai kerana sebab-sebab berikut:   
(i)                  McKinsey hanya merupakan firma pakar runding dalam pengurusan am dan sebenarnya bukan pakar dalam bidang pendidikan. Ada kemungkinan bahawa satu atau dua rakan kongsi utama McKinsey dulu terlibat dalam perundingan untuk projek-projek pendidikan tetapi pengalaman mereka tentu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan panel pakar yang menyertai pasukan petugas projek serta panel-panel penilai bebas. Malah, dokumen mukhtamad yang dikeluarkan kurang menonjolkan tahap kepakaran yang luar biasa (jika pemilihan para perunding dibuat berdasarkan pengetahuan mereka terhadap sistem pendidikan di negara-negara lain). Pada pendapat saya, pembandingan antara sistem pendidikan di Malaysia dan di negara luar yang dibuat dalam dokumen PPPM sebenarnya boleh dibuat oleh seseorang pelajar Malaysia yang cerdik dan yang sedang menyelidik isu pentarafan pendidikan tahap antarabangsa untuk projek tahun akhirnya.

(ii)                Terdapat begitu ramai pegawai dalam Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan kerajaan lain yang sebenarnya mampu menjalankan tugas untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dokumen PPPM sendiri menyenaraikan nama 20 individu berkaliber yang mengganggotai Pasukan Petugas Projek dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) termasuk Dr. Faridah Abu Hassan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) serta Tengku Azian Tengku Shahriman, Pengarah NKRA dan NKEA Pendidikan. Terdapat juga 13 individu berkaliber lagi yang mengganggotai Pasukan Penyuntingan Laporan termasuk Dr. Zainal A’alam Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dsar Pendidikan dan Dr. Aliah Haji Ahmad Shah, Ketua Unit NKEA. Mengapakah PMO tidak memilih untuk menggunakan kepakaran dan tenaga kerja dalam Kementerian dan PEMANDU untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? Apakah sebab Kementerian memilih untuk membazirkan RM20 juta demi mengupah pakar perunding yang mahal?

(iii)               Keputusan ini bercanggah dengan satu daripada 11 ‘anjakan’ dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu ‘Memaksimum Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit’. Duit tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk membina 4 buah sekolah baru dengan kos RM5 juta untuk setiap satu ataupun untuk membina makmal sains baru.

Yang pelik sekali, peranan McKinsey tidak didokumenkan langsung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Jika bukan kerana soalan Parlimen dan sidang media serta kenyataan media ini, Kementerian mungkin tidak akan mendedahkan peranan dan kos pengupahan McKinsey. Ini bercanggah dengan salah satu daripada 11 ‘anjakan’ Pelan Pembangunan Pendidikan Malasia 2013-2025 iaitu untuk ‘Meningkatkan Ketulusan Untuk Akauntabiliti Awam’ dan ini tidak menyakinkan kami bahawa Kementerian akan menerbitkan laporan tahunan yang telus atau akauntabel dalam menjejak kemaraan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 seperti yang telah dijanjikan.
Kami menggesa Menteri untuk menjelaskan sebab RM20 juta telah dibelanjakan untuk mengupah McKinsey dan sama ada beliau merancang untuk terus menggunakan perkhidmatan McKinsey dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang dan Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan