Jumaat, 27 September 2013

Bayaran Kepada McKinsey Bukti Ulung Kegagalan UMNO-BN


KENYATAAN MEDIA
26 September 2013

Bayaran Kepada McKinsey Bukti Ulung Kegagalan UMNO-BN

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah "berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar" menjadi bukti ulung kegagalan UMNO-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan.

Malah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya UMNO-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara.

Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan UMNO-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya. 

Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma asing seperti yang dipraktikkan UMNO-BN sejak era Dr Mahathir perlu disemak semula. Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan terhadap "pakar-pakar dari luar" perlu diambil kira, malah proses soft colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran perlu dihentikan. Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan "nasihat luar" seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


---
Kenyataan Akhbar Dr Ong Kian Ming dan Zairil Khir Johari
26 September 2013, Kuala Lumpur

Kerajaan mempunyai pakar pendidikan sendiri dan tidak perlu khidmat nasihat perunding RM20 juta

Kami berasa amat hairan membaca maklumbalas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendedahan bahawa syarikat perunding McKinsey & Co telah dibayar RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut laporan media, beliau dipetik sebagai berkata, “Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu.”[1]

Sememangnya kami tidak menafikan bahawa pandangan, pendapat dan analisa daripada pakar, khususnya pakar pendidikan, adalah diperlukan. Namun begitu, kami mempertikaikan mengapa perunding bukan pakar pendidikan telah dilantik sedangkan kerajaan mempunyai ramai pakar yang mampu melaksanakan tugas tersebut.

Sebagai contoh, laporan akhir PPPM sendiri telah menyenaraikan sumbangan daripada pakar-pakar tempatan, termasuk kajian oleh enam buah universiti awam tempatan, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).

Malah, Kementerian Pendidikan juga telah memperolehi khidmat nasihat antarabangsa daripada pakar-pakar seperti UNESCO, yang telah menyediakan laporan terperinci mengenai pembangunan kurikulum, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pendidikan guru, latihan dan pendidikan teknik dan vokasional; serta peperiksaan dan pentaksiran murid.

Selain itu, Bank Dunia (World Bank) juga telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas perbelanjaan awam (Public Expenditure Review) termasuk sektor pendidikan pada tahun 2011. Pada masa yang sama, Panel Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin juga telah menyediakan laporan hasil daripada mesyuarat-mesyuarat Townhall yang telah diadakan di 14 negeri.

PEMANDU pula melaksanakan Makmal Pendidikan dengan sokongan pasukan NKRA Pendidikan. Makmal tersebut diketuai oleh pakar-pakar tempatan daripada Kementerian Pendidikan termasuk daripada Institut Aminuddin Baki.

Di samping itu, Panel Penilai Bebas Malaysia juga telah ditubuhkan di bawah pimpinan Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Panel Penilai Bebas Antarabangsa pula telah ditubuhkan dengan keanggotaan pakar-pakar seperti Dr Andreas Schleicher (Ketua, Analisis dan Indikator, OECD), Dr Byong-Man Ahn (Mantan Menteri Pendidikan Korea Selatan), Prof Michael Fullan (Penasihat Khas kepada Premier dan Menteri Pendidikan Ontaria, Kanada) dan Prof Sing Kong Lee (Pengarah, Institut Pendidikan Kebangsaan, Singapura).

Ketersediaan khidmat nasihat pakar-pakar di atas adalah bukti bahawa Kementerian sudah mempunyai pakar pendidikan yang bukan sahaja mampu tetapi bertaraf antarabangsa. Justeru, mengapa perlunya Kementerian melantik perunding McKinsey dengan jumlah RM20 juta? Adakah ini “berpatutan”?

Tambahan pula, sumbangan sebenar McKinsey – yang bukan pakar dalam bidang pendidikan – adalah tidak jelas kerana tidak disenaraikan langsung dalam laporan PPPM. Jika McKinsey tidak menyumbang dari segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja?

Tampaknya, jelas bahawa khidmat perunding McKinsey adalah tidak perlu, bukan sahaja dari segi input malah dari segi penyediaan laporan. Ini kerana Kerajaan mempunyai pelbagai jabatan dan agensi yang tidak kurang kemampuannya, seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (PEMANDU), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan atau EPRD (Education Planning and Research Division), serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) yang ditubuhkan pada bulan April 2012.

Apakah Menteri tidak mempunyai keyakinan pada pakar-pakar dan pegawai-pegawai sendiri untuk menjalankan tugas mereka?

Dr Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera


**
Media Statement by Dr. Ong Kian Ming and Zairil Khir Johair in Parliament on the 24th of September, 2013
Why did the Minister of Education spend RM20 million on hiring management consultants McKinsey & Co to prepare the National Education Blueprint?
In a parliamentary reply given to Dr. Ong Kian Ming on the 23rd of September 2013, it was stated that a total of RM20,566,400 was paid to McKinsey and Co, a management consultancy, for the preparation of the National Education Blueprint. This payment was divided into Phase 1 – RM4,706,400 - and Phase 2 – RM15,860,000.
This is a complete waste of taxpayer’s money for the following reasons:
(i)                  McKinsey are general management consultants and are not specialists in the field of education. There would be perhaps one or two senior partners who have done previous consulting on education related projects but their experience is far less than the panel of experts who are in the project taskforce as well as the independent review panels. If these consultants were brought in because of their experience in the education arena in other countries, very little of this was reflected in the final document. The international comparisons that were in the document could have been obtained by asking a reasonably intelligent final year Malaysian student to do a final year project on international benchmarking in education.
(ii)                The Ministry of Education and other government departments have many more capable personnel who are able to undertake the task of preparing the education blueprint. The Blueprint lists 20 high-powered individuals who were part of the Project Taskforce and the Project Management Office (PMO) including Dr. Faridah Abu Hassan, the Director for the Educational Policy Planning and Research Division (EPRD) as well as Tengku Azian Tengku Shahriman, Director of the Education NKRA and NKEAs. There were another 13 high powered individuals who were part of the Report Editing Team including Dr. Zainal A’alam Hassan, Deputy Director of the Educational Policy, Planning and Research Division and Dr. Aliah Haji Ahmad Shah, Head of the NKEA Unit. Surely the PMO could have utilized its many capable resources within the Ministry and PEMANDU to prepare this National Education Blueprint? Why waste RM20 million on employing expensive management consultants?
(iii)               It goes against one of the 11 ‘shifts’ in the National Education Blueprint which is to ‘Maximise Student Outcomes for Every Ringgit’. This money could have been used to build 4 new schools at the cost of RM5 million each or to build more science labs.
The role of McKinsey is not even documented in the National Education Blueprint (NEB). If not for this parliamentary question and this press conference and media statement, the Ministry may never have been forced to reveal the role and cost of employing McKinsey. This goes against one of the 11 ‘shifts’ in the National Education Blueprint which is to ‘Increase Transparency for Direct Public Accountability’ and it does not give us confidence in the ability of the Ministry to publish a transparent and accountable annual report to track the progress of the National Education Blueprint, as promised.
We call upon the Minister to explain why RM20 million was spend on McKinsey and whether he plans to continue to use the services of McKinsey in implementing the National Education Blueprint.
Dr. Ong Kian Ming, MP for Serdang & Zairil Khir Johari, MP for Bukit Bendera
Kenyataan Media oleh Dr. Ong Kian Ming di Parlimen pada 24hb September 2013
Apakah sebab Menteri Pendidikan membelanjakan RM20 juta untuk mengupah McKinsey & Co bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025?
Menurut jawapan Parlimen yang telah  diterima oleh Dr. Ong Kian Ming pada 23hb September 2013 semalam, jumlah sebanyak RM20,566,400 telah dibayar kepada McKinsey & Co, iaitu sebuah firma pakar runding pengurusan (‘management consultancy’) untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Pembayaran ini telah dibahagikan kepada Fasa 1 – RM4,705,400 – dan Fasa 2 – RM15,860,000.
Pembayaran ini sungguh membazirkan duit pembayar cukai kerana sebab-sebab berikut:   
(i)                  McKinsey hanya merupakan firma pakar runding dalam pengurusan am dan sebenarnya bukan pakar dalam bidang pendidikan. Ada kemungkinan bahawa satu atau dua rakan kongsi utama McKinsey dulu terlibat dalam perundingan untuk projek-projek pendidikan tetapi pengalaman mereka tentu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan panel pakar yang menyertai pasukan petugas projek serta panel-panel penilai bebas. Malah, dokumen mukhtamad yang dikeluarkan kurang menonjolkan tahap kepakaran yang luar biasa (jika pemilihan para perunding dibuat berdasarkan pengetahuan m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan