Jumaat, 20 September 2013

Statistik & Bantuan ibu Tunggal Sarawak


 
Jawapan Parlimen
 
Tiada perundangan khusus untuk mendaftar dan Mentadbir urus data ibu tunggal. Berdasarkan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Perlaksanaan Malaysia seramai 831,860 orang wanita iaitu 2.9% daripada jumlah penduduk Malaysia adalah ibu tunggal. Daripada jumlah itu 63,533 orang wanita di Sarawak. ( 12,649 didaftarkan sebagai ibu tunggal-Data Biro Wanita Sarawak ). Terdapat 70,552 orang ibu tunggal yang telah didaftar melalui Portal http://www.mywanita.gov.my/.
 
Di Sarawak, RM63 juta telah diberikan kepada 30,839 ibu/bapa tunggal dan 2008 hingga Mac 2013 di bawah skim bantuan kanak-kanak, manakala Bantuan Am untuk tapah yang sama ialah RM28 juta untuk 19,828 orang.
 
Dari tahun 2008 hingga 2013, seramai 58 orang ibu tunggal telah menerima bantuan Geran Pelancaran (Sarawak) untuk memulakan perniagaan baru yang melibatkan peruntukan RM198,580.
 
Bermula tahun 2008 hingga 2012, seramai 2,949 ibu tunggal di seluruh negara telah menyertai program I-KIT ( seramai 816 peserta I-KIT telah berjaya memulakan pekerjaan sendiri ).
Sebanyak 351,240 diperuntukan kepada Biro Wanita Sarawak untuk menjalankan program I-KIT untuk 155 ibu tunggal.
 
Soalan Lisan Ahli Parlimen Lanang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan