YB V.Sivakumar meluangkan Masa Bersama Rakyat Jelata.
Sebagai seorang Ahli Parlimen yang baru, tanggungjawab baru & pengalaman baru, YB
V.Sivakumar cuba membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti setiap hari. Menghadiri sidang
Parlimen selama 4 hari seminggu di Kuala Lumpur, juga tidak mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang prihatin kepada pengundi-pengundinya. Beliau
menghabiskan masa 3 hari lagi di kawasan untuk mendengar dan menyelesaikan masalah
rakyat. Dalam pada itu beliau juga menghadiri semua majlis setempat untuk merapatkan
hubungan dengan masyarakat. Malam ini YB V.Sivakumar menghadiri program Jamuan
Makan Malam anjuran Murid2 Tua Kampung Baru Bali, Tronoh bersama dengan YB Paul
Yong (ADUN Tronoh) dan rakan-rakan DAP yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan