Kenyataan
Media Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
di Kuala Lumpur pada Selesa, 9 Julai 2013
Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah memberikan jaminan bahawa
lapang terbang kos rendah KLIA2 akan bermula operasi pada 2hb Mei 2014 dan
tidak akan ditunda lagi. Malangnya
jaminan beliau langsung tidak menyakinkan kerana beberapa jaminan serupa telah
diberikan oleh Menteri-Menteri sebelum ini.
Malah,
Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan
selewat-lewatnya pada 5hb Januari tahun ini bahawa KLIA2 akan sedia beroperasi
pada 28hb Jun, walaupun kerja-kerja pembinaan akan siap pada bulan Mei, sebulan
sebelum pelancaran.
“Ia
sepatutnya siap Mei ini. Saya sudah menyuarakan pandangan kita tidak perlu
tergesa-gesa membuka KLIA2 (apabila ia siap). Tetapi sebagai mana disasarkan,
saya memutuskan ia harus bertepatan tarikh pembukaan KLIA (sebelum ini) iaitu
pada 28 Jun (1998).”
Pengarah
Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad pada masa yang sama mengalu-alukan keputusan
Perdana Menteri dan berkata semua isu berkaitan dengan lapangan terbang baru
itu dijangka diselesaikan sebelum tarikh pembukaan.
Akan
tetapi, bukan sahaja KLIA2 tidak dapat dilancarkan pada bulan lalu, projek
tersebut ditunda selama 1 tahun akibat pembinaan yang lewat. Kalaulah jaminan daripada Perdana Menteri pun
tak boleh pakai, rakyat Malaysia tidak mungkin dapat menerima jaminan Menteri
Pengangkutan yang baru bahawa KLIA2 dapat siap 1 tahun kemudian secara
bulat-bulat.
Kita
dapat perhati bahawa sikap MAHB selama ini adalah untuk menuding jari kepada
pihak lain selama ini tanpa mengakui bahawa keputusan-keputusan MAHB untuk
memindahkan tapak KLIA2 dan juga ketidakcekapan pengurusan projek telah
menyebabkan penundaan projek berkali-kali sejak tarikh asal pada September
2011, lebih kurang 2 tahun yang lalu.
Sehingga
minggu lalu, MAHB melalui Pengurus Besarnya, Datuk Azmi Murad telah menyalahkan
pihak AirAsia kerana berkeras dalam permintaan mereka untuk sistem bagasi
berotomatik, pihak Jabatan Penerbangan Awam yang meminta supaya satu menara
kawalan baru dibina dan pihak kontraktor terminal utama, UEM-Bina Puri JV atas
kelewatan pembinaan.
Kesemua
pihak di atas telah menafikan tuduhan daripada MAHB dan rakyat masih berkabur
dan tidak mendapat kebenaran dalam skandal yang telah memakan perbelanjaan
sebanyak RM4 billion ini.
Akan
tetapi, yang paling penting sekali adalah percanggahan antara penundaan selama
1 tahun projek dan kadar persiapan pembinaan yang dikatakan sudah mencapai tahap
93%. Jika KLIA2 pada keseluruhannya
telah mencapai persiapan 93%, mengapa kita memerlukan 1 tahun lagi sebelum
lapangan terbang yang baru ini dapat dilancarkan?
Kami nak
tanya kepada pihak MAHB mengapa kontraktor-kontraktor lain untuk Menara Kawalan
(Control Tower), kawasan persinggahan kapal terbang (apron) dan juga landasan
penerbangan (runway), yang kesemuanya masih belum siap hari ini, tidak pernah
dibangkitkan oleh MAHB? Apakah sebabnya
kontraktor-kontraktor ini yang termasuk KUB Berhad tidak dikenakan “Liquidated
Ascertained Damages” (LAD), seperti tindakan yang diambil ke atas UEM-Binapuri?
KUB,
iaitu kontraktor untuk landasan penerbangan, telah mengakui pada 6hb Jun 2013
bahawa kerja hanya siap 80% sahaja. Adakah kontraktor-kontraktor tertentu
diberikan layanan istimewa atau perlindungan luarbiasa oleh MAHB?
Sehingga
hari ini, walaupun perkara ini telah dibangkit berkali-kali, pihak MAHB atau
kementerian masih tidak menjawab bila kerja-kerja Control Tower, apron dan
runway akan disiapkan.
Sikap
kerahsiaan daripada MAHB dan kementerian menunjukkan bahawa segala jaminan yang
diberi oleh kedua-dua pihak adalah jaminan kosong dan ada isu-isu besar yang
ingin dikuburkan supaya rakyat tidak akan mengetahui kebenaran atau pihak yang
bersalah tidak akan dikenakan sebarang hukuman.
Oleh
itu, tindakan Datuk Seri Hishamuddin untuk menubuhkan satu jawatankuasa baru,
yang sepatutnya ditubuhkan 2 tahun yang lalu, yang akan diketuai oleh Timbalan
Menteri Datuk Abdul Aziz Kaprawi untuk memantau projek KLIA2, merupakan
tindakan yang tidak mencukupi.
Kami sekali
lagi menyeru supaya Datuk Seri Hishamuddin akan menubuhkan satu jawatankuasa
siasat yang BEBAS untuk memberikan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang cukup
kecewa dengan kedudukan KLIA2. Jika MAHB
menganggap bahawa mereka tidak bersalah, mereka patut menyetujui cadangan
daripada Pakatan Rakyat kerana siasatan tersebut akan membuktikan kepada semua
bahawa mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka secara telus dan cekap. MAHB sepatutnya berani kerana benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan