Khamis, 25 Ogos 2011

Yang Miskin Tidak Dilupai



YB V.Sivakumar turut hadir bersama ahli-ahli PAS Batu Gajah untuk memberi sumbangan hari raya kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Lawatan rumah ke rumah diadakan untuk memberi sumbangan tersebut dalam bentuk barang-barang keperluan asas. Ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PAS Batu Gajah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program seumpama ini mengikat jalinan baik di antara masyarakat dengan pemimpin-pemimpin tempatan. Tambahan pula golongan miskin juga dibantu serba sedikit dengan mengurangkan beban dalam musim perayaan ini.

Pada 21/8/2011, sumbangan ini diberikan kepada beberapa keluarga miskin di Kampung Kurnia, Kampung Serkai Jadi, Kampung Merbok, Kampung Piandang dan Siputeh. PAS Batu Gajah juga telah memberikan sumbangan ini di beberapa tempat yang lain di sekitar Batu Gajah dalam bulan Ramadhan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan