Selasa, 2 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB YEE SEU KAI
N17 POKOK ASSAM

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011




SOALAN-SOALAN LISAN :

1. Minta Kerajaan Negeri memberitahu Dewan dan memberi senarai permohonan-permohonan yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk Sijil Perlombongan bagi menghidupkan industri bijih timah; dan progress yang telah dicapai oleh Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. dan HWG Tin Mining Sdn. Bhd yang telah diberi kebenaran oleh Kerajaan Negeri untuk “prospecting” bijih timah.
2. Minta Kerajaan Negeri maklumat lanjut berkenaan perkembangan pelaksanaan kerja-kerja kereta kabel Bukit Larut, di Taiping.
3. Minta Kerajaan Negeri maklumat program-program Tahun Melawat Negeri Perak 2012 dan bajet bagi tujuan promosi program- program tersebut.

SOALAN-SOALAN BERTULIS :

1. Dalam Ucapan Bajet 2011 ada menyatakan bahawa untuk tahun 2011, sebanyak RM16 juta telah diperuntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk projek-projek Pencegahan Banjir, pemuliharaan sungai, program menaiktaraf infrastruktur pengairan, pemuliharaaan ban pantai serta pengukuran dan penyiasatan.
(i) Minta Kerajaan Negeri memberi jadual jangkamasa untuk progres kerja- kerja yang telah dilaksanakan untuk kerja-kerja pencegahan banjir di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti menghadapi masalah ancaman banjir terutama di Kampung Boyan serta kerja-kerja berkaitan untuk rancangan tebatan banjir Bandar Taiping, Daerah Larut, Matang dan Selama.

(ii) Minta Kerajaan Negeri samada kerja-kerja perlaksanaan projek-projek pencegahan banjir tersebut telah dilambatkan oleh agensi-agensi Kerajaan lain dan/atau badan-badan berkanun iaitu Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Air Perak yang bersangkut dengan kerja-kerja tersebut tidak berkerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran.

2. Minta Kerajaan Negeri memberitahu Dewan Negeri Perak:

(i) bilangan dan senarai bangunan-bangunan Negeri yang tidak dipakai dan dalam keadaan yang rosak dan terbiar di seluruh Negeri Perak terutamanya di kawasan Taiping; yang menjejaskan imej Negeri Perak?

(ii) samada rancangan yang tertentu untuk memberi pajakan jangka- masa panjang contohnya 30 atau 60 tahun kepada pihak-pihak swasta untuk melabur dengan tujuan memulihkan bangunan-bangunan tersebut untuk dijadikan tempat perniagaan dan/atau perlancongan?

(iii) samada sebarang rancangan untuk menyumbang bangunan- bangunan tersebut untuk digunakan oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti rumah anak yatim dan orang kurang upaya dengan yuran sewa yang rendah?

3. Adalah dilaporkan dalam surat khabar baru-baru ini dimana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan bahawa pembuat tayar dari Negara Jepun iaitu Toyo Tire & Rubber Co Ltd akan melabur RM1.2bil dalam jangkamasa 4 tahun yang akan datang untuk memperbesarkan operasi mereka di Negari Perak; iaitu menambah kapasiti keluaran tayar kepada 15 juta tayar menjelang tahun 2015. Adalah juga dilaporkan bahawa untuk mencapai matlamat tersebut mereka perlu membina sebuah kilang baru di atas tanah seluas 20ha di Kamunting atau Meru di Ipoh.

Minta Kerajaan Negeri untuk mempercepat pelaburan asing tersebut ke dalam Negeri Perak; mengapa Kerajaan Negeri tidak harus mengesyorkan tanah di kawasan Kamunting untuk pembinaan kilang baru itu, dimana Toyo Tire & Rubber Co Ltd telah sedia ada sebuah kilang di Kamunting sekarang; mengapa di Meru, Ipoh?

4. Minta Kerajaan Negeri:

(i) memberi senarai jumlah bidang tanah dan keluasan setiap bidang tanah yang telah diberi kepada perternak-perternak ikan dan tanaman limau bali (pomelo) di seluruh Negeri Perak;

(ii) samada Kerajaan Negeri akan meluluskan permohonan untuk tanah pertanian untuk perternakan haiwan-haiwan lain selain daripada ikan dan juga tanaman buah-buahan selain limau bali; dan

(iii) samada mereka yang menghadiri kursus berkaitan dengan ternakan di Ladang Infoternak dapat sebarang kejayaan dimana mereka menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya mereka.

5. Minta Kerajaan Negeri maklumat mengenai Skim Rancangan Perkampungan Tersusun Kampung Ulu Tupai, Taiping untuk:

(i) senarai nama mereka-mereka yang diberi lot tanah; dan

(ii) senarai nama pemohon-pemohon yang memohon tetapi tidak diberi lot tanah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan