Khamis, 25 Ogos 2011

Media Post : Pertandingan Thirumurai Anjuran Hindu Sangam Batu Gajah

YB V. Sivakumar bersama pihak penganjur, Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah
dan pemenang-pemenang di dalam program ini


Pertandingan Thirumurai Anjuran Hindu Sangam Batu Gajah

YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh telah menghadiri program pertandingan Tahunan Thirumurai yang ke 34 di Dewan Kuil Sri Subramaniar, Batu Gajah pada 14 Ogos 2011 anjuran Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah. Beliau telah dijemput sebagai tetamu khas bagi program tersebut. Program 2 hari iaitu 13 dan 14 Ogos 2011 telah berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ramai kanak-kanak di kawasan Batu Gajah dan sekitarnya telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang telah dianjurkan. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah

1) Thirumurai (5 kategori lelaki dan perempuan)

2) Mewarna (coloring contest)

3) Melukis Kolam

4) Pidato

YB V.Sivakumar telah memberikan sumbangan hadiah-hadiah kepada semua pemenang dalam pertandingan yang telah dianjurkan. Ini merupakan tahun kedua beliau memberi sumbangan ini untuk membantu dan meringankan pihak penganjur . Lebih kurang 100 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam program anjuran Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah.

Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau mengucapkan taniah dan syabas kepada Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah kerana berjaya membuat program berfaedah ini selama 34 tahun. Beliau juga memberi tahu ibubapa yang hadir supaya terus menghantar anak-anak mereka ke kelas Thevaram untuk menimba ilmu keagamaan. Jangan jadikan sekolah dan tuisyen sebagai alasan untuk tidak menghantar anak-anak untuk menghadiri kelas Thevaram. Pendidikan agama adalah penting untuk melahirkan insan yang baik untuk keluarga, masyarakat dan negara. Gunakan peluang kelas Thevaram di Batu Gajah untuk kebaikan semua. Beliau juga mencadangkan kepada semua ibu bapa Hindu yang berada di Batu Gajah dan sekitar untuk hantar anak-anak mereka untuk kelas Thevaram. YB V.Sivakumar juga menjanjikan bahawa beliau akan membantu Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah dengan sebaik yang mungkin dalam program-program anjurannya.

(Untuk maklumat lanjut sila hubungi penganjur En Rajasegaran 0175083435)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan