YB Hj Ramli Bin Hj Tusin N11 Gunung Semanggol |
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011
SOALAN-SOALAN LISAN :
1. Apakah status projek Wifi percuma yang telah dilancarkan pada 2007 di Gerik dengan kos RM20 juta, yang mana sepatutnya sudah meliputi seluruh bandar di negeri Perak?
2. Mengenai keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri Perak.
a) Adakah pengharaman tarian poco-poco yang telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186 telah dikuatkuasakan?
b) Adakah surat perkeliling mengenainya telah diedarkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan?
3. Apakah tindakan kerajaan negeri dari segi penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan, khususnya kepada pengunjung yang beragama Islam?
SOALAN-SOALAN BERTULIS :
1. Mengenai perusahaan ternakan ikan hiasan (arowana) di Kampung Tebok Panchor, Semanggol.
a) Berapa luaskah tanah yang telah di bangunkan sebagai kolam ikan?
b) Apakah status tanah tersebut telah ditukar dari Tanah Pertanian kepada Tanah Perusahaan atau sebagainya?

c) Berapakah jumlah cukai yang dikenakan per hektar kepada pemilik tanah?
2. Mengenai masalah Murtad di kalangan umat Islam di Perak.
a) Berapakah angka sebenar yang telah membuat permohonan untuk Murtad?
2. Mengenai masalah Murtad di kalangan umat Islam di Perak.
a) Berapakah angka sebenar yang telah membuat permohonan untuk Murtad?
b) Apakah langkah-langkah pencegahan yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah ini?
3. Mengenai Yayasan Bina Upaya Daul Ridzuan (YBUDR).
a) Berapakah kos pembinaan untuk satu unit rumah dan berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh YBUDR untuk pembinaan rumah-rumah tersebut?
b) Berapakah jumlah rumah yang telah berjaya dibina dan jumlah yang dirancang di masa hadapan?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan