Khamis, 4 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12


YB DRS. KHALIL IDHAM LIM
N08 TITI SERONG
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT

DEWAN NEGERI PERAK KE-12

MULAI 15hb OGOS 2011



SOALAN-SOALAN LISAN :

1. Lokal Agenda Kerian

A) Berapakah keluasan sebenar kawasan yang diwartakan untuk kawasan penempatan/taman perumahan?

B) Berapakah jumlah keluasan tanah yang telah terlibat dalam pembinaan taman perumahan sehingga Jun 2011?

C)  Adakah kerajaan negeri Perak bercadang untuk membuka kawasan baru dengan maksud membenarkan kawasan Lokal Agenda Kerian diperluaskan pada masa akan datang?

2) Pemberian komputer percuma kepada pelajar Perak.

A) Apakah persyaratan yang dikenakan kepada mereka yang boleh memohon komputer tersebut?

B) Berapakah jumlah peruntukan keseluruhan yang disediakan oleh Kerajaan Perak untuk melaksanakan dasar ini?

SOALAN-SOALAN BERTULIS :

1) Jambatan yang menghubung Pekan Manong dengan Seberang Feri Manong.

A) Apakah status pembinaan jambatan yang pernah diumumkan oleh Kerajaan Perak bagi menghubungkan dua lokasi tersebut?

B) Kenapakah berlaku kelewatan yang begitu lama bagi membina dan menyiapkan jambatan tersebut?

C) Apakah langkah dan cadangan terkini dari pihak kerajaan bagi memastikan pembinaan jambatan tersebut dapat direalisasikan dalam masa terdekat?

2) Kolej ILIM dan Kolej Kejururawatan di Tapak Padang Ragut Kg. Guar Manong Kuala Kangsar.

A) Apakah status projek tersebut pada masa sekarang?

B) Bilakah jangkaan projek tersebutkan akan siap sepenuhnya?

C) Sejauh mana projek ini dapat memberi peluang kepada anak Perak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan dan dapat memberi kesan positif kepada penyediaan tenaga kerja mahir kepada negeri dan negara?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan