Sidang DUN Perak semalam; 15 Ogos 2011, telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Dengan ini, hanya lebih kurang 10 soalan lisan sahaja yang dapat diutarakan di dalam sidang 2jam ini.
Terdapat 59 orang Adun di Perak. Seorang Adun diberikan 3 soalan lisan untuk diutarakan di dalam Dewan Sidang. Secara logiknya, 177 soalan lisan seharusnya diberikan jawapan di dalam sidang Dewan Negeri.
Adakah 2 jam ini memadai untuk 177 soalan-soalan lisan? Sudah tentu tidak. Jadi, kenapakah Sidang DUN Perak tidak dipanjangkan untuk bersidang?
i. Mengapakah Mesyuarat Kedua, Sidang Dewan hanya diadakan untuk 2 jam sahaja?
Dengan ketara dilihat bahawa inilah cara kerajaan BN di Perak melarikan diri dari tanggungjawab ia dan tidak berani menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit untuk rakyat Perak.
ii. 'Pakatan Rakyat selalu buat kecoh di dewan'..inilah tuduhan yang selalu ditamparkan kepada Adun-Adun Pakatan Rakyat oleh Zambry dan juga Dato Ganesan.
Kerajaan BN selalunya memendekkan sidang Dewan Negeri, adakah ia adil untuk rakyat?
Pakatan Rakyat adalah suara rakyat. Jika masalah rakyat tidak dibangkitkan di dalam sidang untuk mengetahui status masalah berkenaan, bagaimanakah masalah-masalah ini boleh diatasi atau diketahui oleh rakyat?
iii. BN adalah hipokrit semata-mata dan ini jelas dilihat di dalam setiap sidang dewan negeri di Perak.
ADAKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL HIPOKRIT INI BERBALOI DI PERAK?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan