Isnin, 15 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB Chen Fook Chye
N41 Keranji
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011





SOALAN-SOALAN LISAN:

1. Menanya Pihak Kerajaan Negeri

Masalah lembu dan kerbau yang berfoya-foya merata-rata di jalan raya adalah satu masalah yang telah diwujudkan lama, dan ianya masih belum diselesaikan setakat ini.

Alasan yang diberi oleh Kerajaan Negeri dalam mesyuarat yang lalu, bahawa penternak-penternak lembu dan kerbau enggan menjalankan ternakan mereka di kawasan tumpuan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah disebabkan kesulitan dan kejauhan untuk penternak-penternak.
 
Berkaitan dengan itu, soalan-soalan yang saya ingin menanya :-
a) Adakah kerajaan ingin cuba mencari tempat yang lebih sesuai untuk penternak-penternak supaya mereka tidak ada apa-apa alasan untuk pindahan ladang ternakan mereka ?
 
b) Apakah langkah-langkah oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut ?
 
c) Berapakah kes kemalangan termasuk hilang nyawa yang disebabkan oleh masalah lembu dan kerbau yang berfoya-foya di jalan raya ?

2. Menanya Pihak Kerajaan Negeri

Masalah dari penternakan burung layang-layang yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Kampar dan juga kawasan lain semakin lama semakin teruk. Penternak-penternak menggunakan kedai-kedai di Taman Sri Kampar dan Kampar Jaya untuk menjalankan penternakan mereka. Tempat tersebut adalah kawasan perniagaan dan juga kawasan kediaman. Suara yang terlalu bising dari alat pembesar suara untuk mengumpulkan burung.

Ini telah mengancam kehidupan kesunyian penduduk-penduduk dan kekotoran dari burung mungkin membawakan penyakit-penyakit yang membahayakan kesihatan manusia. Oleh itu, penduduk-penduduk yang menghadapi masalah ingin fahamkan dan memberi kuasa kepada saya untuk menanya soalan-soalan seperti berikut :-

a) Berapakah buah penternakan burung layang-layang yang berusaha mempunyai lesen dan yang tanpa lesen di seluruh Negeri Perak ?

b) Adakah kerajaan pernah menjalankan sebarang siasatan sebelum meluluskan permohonan bagi penternakan ?
 
3. Menanya Pihak Kerajaan Negeri

Walaupun amaun kos perbelanjaan yang besar telah digunakan dari Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Daerah Kampar sejak tahun 2007 untuk naik taraf dan menjayakan sebagai kawasan pelancongan di Taman Rekreasi yang bertempat di Batu Karang, Kampar. Tetapi, setakat ini nampaknya ia adalah satu projek yang gagal kerana taman rekreasi ini tidak dapat menarik pelancong atau pelawat.

Berkaitan itu, ingin menanya :-
 
a) Berapakah kos perbelanjaan bagi projek dan pengurusan atau kerja-kerja maksud memelihara taman tersebut ?

b) Jumlah bilangan pelancong yang telah melawat taman tersebut sejak ia dibuka ?
 
c) Adakah kerajaan ingin menambahkan peruntuk bagi memajukan taman tersebut walaupun tidak akan berjaya ?
 
SOALAN-SOALAN BERTULIS:

1. Menanya Y.A.B. Menteri Besar
 
Kadar bayaran premium untuk rumah tersusun di Jalan Labu, Kampar, setinggi kira-kira RM180 meter persegi (jawapan diberi dari pihak pejabat tanah ) telah menyebabkan pemohon-pemohon dipaksa membayar sebanyak di antara RM6,500 hingga 12,000 untuk bayaran premium adalah satu pembebanan bagi pemohon-pemohon berpendapatan rendah. Pemohon-pemohon tersebut telah membuat rayuan supaya mengurangkan bayaran premium sejak awal tahun tahu 2009. Tetapi tanpa sebarang jawapan setakat ini.

Sehubungan itu, ingin menanya :-
 
a) Bilakah kerajaan akan memutuskan kadar bayaran premium yang adil supaya pemohon-pemohon tersebut mampu menjelaskannya ?

b) Pastikan semua pemohon dari penduduk asal di kawasan demikian diluluskan ?
 
c) Berapakah tahun pajakan bagi hakmilik yang akan diluluskan ?

2. Menanya Pihak Kerajaan Negeri Perak
 
Saya pernah dapat jawapan dari kerajaan negeri melalui jawapan bertulis dalam Mesyuarat Dewan pada bulan Ogos 2010, bahawa projek pembinaan jalan raya (sebenarnya boleh dikataan sambungan projek pembinaan) yang dari Bandar Baru Kampar ke Malim Nawar, akan di tender pada bulan November 2010 dan kerja pembinaan akan dimulakan pada bulan Mac 2011. Begitu juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri juga Ahli Parlimen Kawasan Kampar telah banyak kali mengumumkan di beberapa program awam bahawa projek tersebut akan dimulakan pada bila dan bila. Tetapi, tanpa sebarang tindakan pekerjaan dijalankan setakat ini. Ini telah mengelirukan orang awam.

Oleh demikian, saya ingin menanya soalan berikut :-
 
a) Mengapakah Kerajaan gagal menunaikan perjanjian yang telah memberi jawapan kepada saya (ADUN tempatan tentang projek tersebut) ?

b) Adakah projek tersebut sudah di tender dan mengapakah projek ternyata tidak mulakan pada tarikh yang dijawab, iaitu pada bulan Mac 2011 ?
 
c) Sila nyatakan kos perbelanjaan projek ?

3. Menanya Pihak Kerajaan Negeri Perak
a) Berapakah peruntukan bagi Majlis Daerah Kampar (MDK) dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pada tahun 2010 dan 2011 ?

b) Sila senaraikan projek-projek yang dilaksanakan oleh MDK, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Pusat yang telah di siap di Daerah Kampar sejak tahun 2010 dan juga yang akan dilaksanakan.
 
c) Berkaitan soalan ( b ), sila sebutkan kos perbelanjaan.
 
a) Berapakah peruntukan bagi Lembaga Air Perak Cawangan Kampar dari Kerajaan Negeri pada tahun 2010 dan 2011 ?
 
b) Sila senaraikan projek-projek yang telah siap dan yang akan dijalankan dalam tempoh tahun 2010 dan 2011.

c) Berkaitan soalan ( b ) sila sebutkan kosnya
 
5. Menanya Pihak Kerajaan Negeri
a) Berapakah peruntukan bagi Pejabat Masyarakat Kebajikan Daerah Kampar dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pada tahun 2010 dan 2011 ?

b) Sila nyatakan bilangan Orang Kurang Upaya yang telah didaftarkan di seluruh Negeri Perak ?

c) Sila nyatakan kemudahan atau faedah-faedah yang ditetapkan untuk Orang Kurang Upaya ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan